TPPA ke Parlimen hanya sandiwara kerajaan Najib elak dipersalahkan
Kandungan mesej itu seperti berikut:
“Hal terkini yang wajib difahami dalam ‘permainan’ TPPA:
a) Tidak akan ada apa-apa lagi perubahan dalam teks TPPA. Cuma yang ada adalah setuju atau tidak setuju.
b) TPPA umumnya pasti akan dimuktamadkan hujung tahun ini. Apabila kerajaan berkata akan dibincangkan dalam Parlimen, bererti cuma ada satu sahaja sesi Parlimen untuk membincangkan TPPA.
c) Hanya satu sesi Parlimen untuk memuktamadkan ribuan helai perjanjian TPPA? Secara logik, tidak mungkin. Jika tidak mungkin, maka timbul uncertainty.
d) Kerajaan menyatakan Malaysia masih boleh menarik diri daripada TPPA. Hal ini dikaitkan dengan proses ratifikasi 2 tahun. Tetapi proses ratifikasi 2 tahun adalah sebenarnya untuk mempersiapkan Malaysia untuk implementasi penuh TPPA. Bermakna, sekiranya ada undang-undang (tidak mustahil juga aspek PERLEMBAGAAN) yang bertentangan dengan TPPA, ia hendaklah disesuaikan dengan TPPA. Sesetengah undang-undang berkemungkinan dipinda.
e) Secara dasarnya, TPPA ini adalah TIDAK PERLU diluluskan di Parlimen, sebaliknya ia adalah keputusan eksekutif, iaitu Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib. Jadi sekiranya majoriti input adalah NEGATIF di dalam Parlimen, tidak semestinya kerajaan perlu ikut pandangan Parlimen.
Hal paling penting adalah kita memiliki MASA SINGKAT untuk membincangkan TPPA, dan tempoh MASA TERHAD untuk mengkaji teks TPPA yang beribu helaian dari setiap aspek, bidang dan sektor untuk menentukan masa depan negara untuk BERPULUH TAHUN mendatang.
HAL YANG PASTI, tidak rugi untuk menolak sesuatu yang tidak pasti.
Hal YANG JELAS, kita PERNAH menolak FTA-FTA lain sebelum ini. Berbanding dengan dongengan ‘rugi’, ‘takut ketinggalan’ jika tidak turut serta dalam TPPA, sebenarnya dalam FTA-FTA yang kita tidak ikut sebelum ini, dagangan kita direkodkan meningkat acap tahun.”
Kesimpulannya, bagi Pedang perbincangan dan perbahasan TPPA di Parlimen hanyalah wayang sandiwara kerajaan Najib sahaja.
Kerajaan akan mudah berlepas tangan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini pada masa akan datang. Kerajaan akan berhujah, Parlimen yang meluluskan TPPA, bukannya Menteri atau Kabinet.
Dengan itu, rakyat terpaksa akur dan tak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata. Sedangkan kita telah diberitahu bahawa kerajaan hanya memerlukan majoriti mudah Parlimen untuk menerima TPPA.
Maka berdasarkan majoriti wakil rakyat yang mewakili BN lebih ramai di Parlimen pastinya mereka akan menyokong TPPA.

No comments:
Post a Comment