Kenyataan Media MTEM-Bantah TPPA di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mohon sebarkan:
KENYATAAN MEDIA
6 OKTOBER 2015
6 OKTOBER 2015
Perundingan TPP Tamat: ‘Black Monday’ bagi Malaysia dan rakyatnya
1. Oktober 5, 2015. Satu hari yang sangat menyedihkan bagi Malaysia dan rakyatnya. Tidak salah jika Isnin pertama di dalam bulan Oktober tahun ini digelar sebagai “Black Monday”.
2. Perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah berakhir semalam di Atlanta, Amerika Syarikat. Di dalam sebuah kenyataan media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa orang ramai boleh meneliti teks perjanjian yang lengkap dan rasmi apabila ia dikeluarkan nanti. Dokumen lengkap itu juga akan dibahaskan di Parlimen.
3. Sesungguhnya, kenyataan Datuk Seri tiada maknanya. Walaupun kandungan Perjanjian tersebut boleh dibahaskan, ia tidak boleh dipinda sama sekali. Pendapat umum juga tidak dapat mengubah apa-apa peruntukan di dalam perjanjian. Kita boleh berdebat mengenai setiap klausa di dalam Perjanjian dan menunjukkan kekuatan atau kelemahannya TETAPI kita tidak boleh mengubah apa-apa perkataan atau ayat atau perenggan. Selepas lima tahun berunding, penggubal undang-undang dan rakyat Malaysia hanya boleh memberi pendapat yang tidak dapat digunapakai kerana hanya keputusan YA atau TIDAK sahaja yang diperlukan. Dan kata putus ini hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri kita, di atas nasihat Kabinet.
4. Apa yang dijanjikan oleh Datuk Seri hanyalah suatu perbahasan di Parlimen. Apa yang tidak diterangkan kepada umum ialah kelulusan parlimen TIDAK DIPERLUKAN bagi menandatangani mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa, termasuklah TPPA. Kuasa untuk menentukan Malaysia berada di dalam TPP berada di dalam tangan pihak Eksekutif.
5. MITI tidak perlu bermanis mulut. Perjanjian ini adalah MUKTAMAD. Tiada satu negara pun yang pernah menarik diri dari sebuah perjanjian perdagangan setelah perundingan diselesaikan.
6. Malaysia tidak boleh meminda apa-apa klausa pun semasa proses ratifikasi yang akan memakan selama dua tahun. Semasa proses ini, apa yang perlu dipinda adalah undang-undang domestik, dan juga Perrleataupun Perlembagaan negara jika perlu, agar ia mematuhi TPPA. Perlu diingatkan bahawa ratifikasi TIDAK memerlukan kelulusan Parlimen. Ratifikasi adalah seperti tempoh bertenang (cooling off period); selepas itu Malaysia perlu bersedia menghadapi ancaman saman mahkaman antarabangsa oleh pelabur asing melalui mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) mekanisme, dan juga melalui mekanisma Penyelesaian Pertikaian Antara Negara (SSDS) yang mungkin melibatkan sekatan perdagangan.
7. Pegawai-pegawai yang berkenaan telah membuat pelbagai kenyataan yang kurang jelas dan mengelirukan mengenai keseluruhan proses TPPA kepada umum/media. Berdasarkan komen yang kami dapati dari laman rangkaian sosial dan perbincangan kami dengan pihak media, kami boleh merumuskan bahawa ramai di luar sana yang menganggap bahawa perjanjian perdagangan ini boleh diubah melalui proses domestik setelah rundingan ditamatkan dengan beberapa cara berikut iaitu legal scrubbing, konsultasi, bahas parlimen ataupun semasa proses ratifikasi. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa TIADA PERUBAHAN yang boleh dibuat selepas proses perundingan tamat.
8. Bantah telah menghantar pelbagai soalan, memorandum dan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai TPP; namum kami tidak dapat satu pun jawapan yang memuaskan. Sebaliknya apa yang telah diberkan hanyalah maklum balas yang bersifat umum, tidak spesifik dan “superficial”.
9. Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analysis CBA) atau Analisa Kepentingan Negara (National Interes Analysis, NIA) yang telah dijanjikan oleh pihak MITI telah banyak kali tertangguh dan sejak akhir tahun lalu, tarikh penyelesaiannya ditangguhkan setiap bulan sejak Mei 2015. Sehingga kini, ia belum lagi disiapkan dan dibentangkan di Parlimen. Keadaan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita hanya ada tiga (3) bulan dari tarikh rasmi tamat perundingan TPPA hingga ke tarikh perjanjian itu akan ditandatangani oleh pemimpin negara. Jika analisa-analisa ini dilakukan pada peringkat awal, ia boleh memberikan rakyat dan pihak berkepentingan pemahaman yang lebih mendalam terhadap TPPA dan implikasinya.
10. Adakah tiga (3) bulan cukup bagi kita untuk memahami, menganalisa, membahaskan, mendidik orang awan dan juga membuat keputusan yang sangat penting bagi Malaysia? Mengapa ia tidak dilakukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas semasa rundingan sedang berjalan? Dalam hal ini, kami percaya kerajaan telah GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat kerana tidak berjaya untuk melakukan satu kajian mendalam seperti sebuah CBA yang boleh dibahaskan sebelum rundingan TPPA tamat pada Oktober 5, 2015.
11. Walaupun rundingan telah selesai, Bantah masih bertegas dan tanpa ragu-ragu berpegang kepada pendapat bahawa TPPA tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia, terutama sekali di dalam konteks perdagangan ataupun ekonomi. Ia juga tidak akan memberi manfaat kepada mata pencarian rakyatnya. Tiada bukti telah dikemukakan dalam tempoh lima tahun yang lalu, tidak ada data konkrit, fakta atau analisis, selain omong kosong oleh mereka yang menyokong dan mengangkat TPPA sebagai satu perubahan yang baik untuk negara.
12. Pendapat kami tidak pernah berubah dan secara konsistennya kami menyatakan kegusaran kami mengenai TPPA melalui laporan yang diterbitkan tahun lepas “TPPA Malaysia is Not for Sale” dan juga 77 “redlines” atau garis merah di mana kami menyenaraikan antara masalah utama akibat TPPA ialah:
• Sekatan ke atas ruang dasar Kerajaan (policy space)
• pencerobohan kedaulatan undang-undang dan politik
• PKS dan industri baru (infant industries) akan menghadapi impak besar
• Impak yang besar ke atas kos ubat-ubatan yang akan meningkat
• Kesan terhadap hak intelek (Intellectual Property IP) yang akan juga memberi kesan kepada institusi ilmu dan industri informasi (information industries)
• Perusahaan/Syarikat Milik Negara (State Owned Enterprises SOEs) tidak boleh berfungsi sebagai badan komersial dan sosial yang dipandu oleh objektif nasional
• Pelabur/Syarikat luar perlu diberi layanan sama atau lebih baik dari syarikat tempatan
• Sekatan ke atas ruang dasar Kerajaan (policy space)
• pencerobohan kedaulatan undang-undang dan politik
• PKS dan industri baru (infant industries) akan menghadapi impak besar
• Impak yang besar ke atas kos ubat-ubatan yang akan meningkat
• Kesan terhadap hak intelek (Intellectual Property IP) yang akan juga memberi kesan kepada institusi ilmu dan industri informasi (information industries)
• Perusahaan/Syarikat Milik Negara (State Owned Enterprises SOEs) tidak boleh berfungsi sebagai badan komersial dan sosial yang dipandu oleh objektif nasional
• Pelabur/Syarikat luar perlu diberi layanan sama atau lebih baik dari syarikat tempatan
13. Kami percaya konsesi yang diberi dari segi pengecualian, kelonggaran, tempoh peralihan dan “differential treatment” bukanlah “safe solutions” atau langkah penyelesaian yang selamat tetapi adalah semata-mata taktik yang penuh dengan perangkap tersembunyi yang memudaratkan.
14. Bermula dari semalam (Oktober 5, 2015) hinggalah 90 hari yang berikutnya, Malaysia mempunyai hanya DUA (2) pilihan: TERIMA TPPA atau TOLAK TPPA.
15. Namun, kami percaya rakyat masih boleh bersuara. Kita ada KUASA untuk bersuara, memberikan pendapat yang ikhlas. Oleh itu, berikanlah pandangan anda. BERSUARALAH.
16. Menurut pemenang Anugerah Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph E Stiglitz dan juga Adam S Hersh di dalam artikel “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” yang disebarkan oleh Bantah minggu lepas: “Perjanjian seperti ini bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan (managed trade agreements) dan lazimnya dikendalikan untuk kepentingan-kepentingan korporat.” Kita juga patut risau dengan kenyataan ini: “. Tidak menghairankan bahawa pemenang besar adalah kepentingan korporat di Amerika Syarikat, yang rugi besar adalah rakyat biasa di Amerika Syarikat dan di tempat lain.”
17. Majlis menandatangani Perjanjian TPP pada Januari 2016 akan bertepatan dengan ulang tahun 140 tahun Perjanjian Pangkor. Fikir-fikirkanlah.
18. Ini adalah legasi pemimpin kita. Keputusannya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan generasi seterusnya.
19. Jangan biarkan sejarah berulang.
20. Tolak TPPA. Hentikan TPPA.
Mohd Nizam Mahshar
Pengerusi
BANTAH TPPA
Pengerusi
BANTAH TPPA
....
MEDIA STATEMENT
6 OCTOBER 2015
6 OCTOBER 2015
TPPA Negotiation Ends: Black Monday for Malaysia and Malaysians
1. October 5, 2015. A Black Monday indeed for Malaysia and Malaysians.
2. Negotiations on the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) ended yesterday in Atlanta, US. The Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapha Mohamed said in a statement that the complete and official text of the Agreement will be released to the public and presented to Parliament for debate.
3. This does not mean a thing. Even though debated by parliamentarians, the Agreement cannot be amended. Public consultations cannot change any provisions in the Agreement. We can argue about every clause in the Agreement and point out its strengths or weaknesses BUT we cannot change any word or sentence or paragraph. Therefore, after five years of negotiations, the TPPA is at a stage where only a YES or NO decision is required. A decision that only the Prime Minister, with the advice of his Cabinet, can make.
4. What was promised to us is a Parliamentary debate, not approval. Under Malaysian law, trade agreements, the TPPA in particular, do not require parliamentary approval. The power to decide rests on the Executive.
5. This is a DONE DEAL. No country has ever walked out of an agreement after negotiations have concluded.
6. Two years of ratification does not mean we can amend anything. It only means that we need to amend and legislate all laws or if need be, the Constitution, so that it complies with the TPPA. In Malaysia, ratification does not need parliamentary approval. Ratification is like a cooling off period, where at the end of it, we have to prepare ourselves to be sued by foreign companies via the Investor-State Dispute Settlement (ISDS) mechanism, as well as State-State Dispute Settlement (SSDS) which may include trade sanctions.
7. Officials have made vague, confusing public statements that do not provide a clear picture of the entire process which can be easity understood by the public/media. Based on comments we have gathered from our social networking sites and engagement with the media, we can see that there are many out there who assume that changes can be made to the Agreement within the domestic process after the negotiations have concluded either by legal scrubbing, consultations, parliamentary debates or the two-year ratification process. Let us be clear here. NO AMENDMENTS can be made.
8. We have posted various questions, memos and recommendations to the government and we have not received even ONE satisfactory answer, other than very general, broad and superficial feedback.
9. The release of a Cost Benefit Analysis (CBA) or National Interest Analysis had been promised and postponed since end of last year to every consecutive month since May 2015 to date. Until now, it has not been released and we only have three (3) months from the official date of negotiation’s conclusion to the date that it has to be signed. The CBA, if finalised and released earlier would have provided the public and interested parties with a greater understanding of the TPP and its implications.
10. Will three (3) months be enough for us to educate, understand, analyse, debate and make a decision? Why has it not been done earlier within the past five years while negotiations were taking place? In this instance, we believe the government has FAILED the rakyat by not being responsible enough to commission a in-depth study, a CBA which can be debated before negotiations had been finalised.
11. Despite the conclusion of negotiations, we still firmly and unequivocally maintain our position that TPPA will not benefit Malaysia’s trade or economic health. It will benefit the livelihood of its people. No evidence have been presented over the past five years, no concrete data, facts or analysis, other than lip service by its proponents.
12. We maintain our position as articulated in the details of our 2014 report, “TPPA Malaysia is Not for Sale” and the 77 redlines that we have outlined. The possible impact includes:
• Restrictions of policy space
• Intrusions on legal and political sovereignty
• Huge impact to SMEs and infant industry
• Access to affordable medicine
• IP effect to knowledge and information institutions and industries
• State Owned Enterprises (SOEs) cannot function as both commercial and socially driven entities with national objectives
• Foreign companies must be treated as well or better than domestic companies
• Restrictions of policy space
• Intrusions on legal and political sovereignty
• Huge impact to SMEs and infant industry
• Access to affordable medicine
• IP effect to knowledge and information institutions and industries
• State Owned Enterprises (SOEs) cannot function as both commercial and socially driven entities with national objectives
• Foreign companies must be treated as well or better than domestic companies
13. We believe within the so-called exclusions, flexibilities, transition period and differential treatment are not safe solutions but are merely delay tactics full of booby traps and entrapment.
14. From this day to the next 90 days, Malaysia has only TWO choices to choose from: Either ACCEPT the TPPA as a whole or REJECT it in total.
15. We still have a say if we CHOOSE to speak up.
16. The article “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” by Nobel laureate in Economic Joseph E Stiglitz and Adam S Hersh which we released last week stated: “The trade agreements are not free trade agreements, but managed trade agreements, and typically managed for the interests of corporate interests.” We should also be very concerned by this statement: “Not surprisingly, the big winners are corporate interests in the US, the big losers are ordinary citizens, both in the US and elsewhere.”
17. The signing of the Agreement on January 2016 will coincide with the 140-year anniversary of the Pangkor Treaty.
18. This is our leader’s legacy. One that will affect Malaysians for generations to come.
19. Do not let history repeat itself.
20. Reject TPPA. Stop TPPA.
Mohd Nizam Mahshar
Chairman
BANTAH TPPA
Chairman
BANTAH TPPA
No comments:
Post a Comment