‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut
Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.
Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.
Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!
- Bercakap perkara positif sahaja -
ReplyDeleteSaya percaya anda pernah menemui orang-orang ini – mereka yang suka membincangkan keburukan syarikat di dalam dan luar pejabat, menyebarkan kelemahan si A dan kekurangan si B atau mereka yang selalu bercakap negatif sehingga menjatuhkan semangat rakan lain seperti dirinya yang memang sudah tidak bersemangat itu lagi. Iya.. Adakalanya mereka ini rakan sekerja anda dan ada masanya mereka ini majikan (ketua) anda!
Selalu ada sisi baik dan sisi buruk di dalam mana-mana pejabat pun di dunia ini. Apa yang lebih penting, anda mesti latih diri berfikiran positif. Berkawanlah dengan orang-orang positif di tempat kerja anda yakni mereka yang mengutamakan prestasi kerja dan nilai persahabatan sebagai tunjang kehidupannya. Mereka inilah calon-calon orang yang berjaya, jadi jangan jauhi merka. Ambil suri teladan dan aplikasikannya ke dalam diri sendiri.
Sumber Asal: Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Kerja Anda! - Julmazli Dot Com
- Bersaing dengan rakan sekerja -
ReplyDeleteWalaupun saya menggunakan perkataan ‘bersaing’, itu bukanlah sama sekali bermaksud mengalahkan orang lain sehabis-habisnya sehingga menghancurkan hidupnya. Maksud saya, hanya bersaing di sudut yang tertentu sahaja. Dalam kes ini – prestasi dan kebolehan dalam bidang kerja.
Persaingan banyak manfaatnya jika digunakan secara positif. Ia boleh membawa kepada pencapaian yang membanggakan tanpa diduga kekadang. Selalu cuba menjadi yang terbaik daripada orang lain. Jika orang lain boleh jual kereta 10 buah dalam sebulan, anda jual 13 buah dan begitulah dalam pekerjaan-pekerjaan lain. Hanya saja, pastikan kemenangan anda adalah secara tulen dan tidak menjatuhkan orang lain. Anda pasti lebih terasa nikmat kemenangan itu.
Sumber Asal: Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Kerja Anda! - Julmazli Dot Com
- Kebanggaan diri dan pencapaian -
ReplyDeleteDi penghujung hari, tidakkah anda ingin pulang ke rumah dengan perasaan bangga pada diri? Bahawa anda sudah melakukan kerja dengan baik hari ini. Bahawa anda sudah melakukan yang terbaik. Bahawa anda sudah menunaikan tanggungjawab yang dipikul dengan cemerlang. Bahawa anda adalah salah seorang daripada pekerja terbaik yang pernah ada di tempat kerja anda.
Walaupun mungkin pekerjaan yang anda lakukan pada ketika ini bukanlah kerjaya idaman anda, pasti ada sebab anda melakukannya. Fokuslah pada sebab itu dan anda akan tahu apa yang patut dilakukan seterusnya. Andainya anda boleh pulang dengan rasa bangga yang sebenarnya terhadap pencapaian anda pada hari ini, maka anda sudah pun menjalani kehidupan ini dengan baik dan inilah salah satu daripada sebab anda berada di dunia ini.
Semoga dengan mengaplikasikan keenam-enam tips meningkatkan motivasi kerja ini, kecemerlangan anda akan berterusan. Dan bagi yang lain mungkin ini adalah titik permulaan kelahiran seorang pekerja bintang di tempat kerja anda..
Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.
Sumber Asal: Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Kerja Anda! - Julmazli Dot Com
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
ReplyDeleteAda kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.
ReplyDelete1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu b
4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
ReplyDeleteSesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut
8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
ReplyDeleteAnda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.
KUMPULAN KATA-KATA BIJAK MOTIVASI KERJA
ReplyDeleteKerja adalah rasa cinta yang terlihat. (Kahlil Gibran)
Hendaknya keindahan sesuatu yang Anda cintai adalah sesuatu yang Anda kerjakan. (Rumi)
Hidup adalah kesempatan untuk menyumbangkan cinta dengan cara kita sendiri. (Bernie Siegel, M.D.)
Tak seorang pun dapat memahami hati manusia kecuali jika dia memiliki simpati yang dibangkitkan oleh cinta. (Henry Ward Beecher)
Seandainya saya dapat meringankan rasa sakit, atau meredakan rasa nyeri seseorang, atau menolong seekor burung murai yang kebingungan kembali ke sarangnya lagi, hidup saya tak akan sia-sia. (Emily Dickinson)
Kekuatan cinta dan perhatian dapat mengubah dunia. (James Autry)
Cinta menyembuhkan manusia, baik yang memberikannya maupun yang menerimanya. (Dr. Karl Menninger)
Sisihkanlah waktu untuk mengagumi keajaiban hidup. (Gary W. Fenhuk)
Kita cenderung menilai kesuksesan dari jumlah penghasilan kita atau ukuran mobil-mobil kita, bukan dari kualitas layanan dan hubungan kita dengan sesame manusia. (Martin Luther King Jr)
Ukuran tubuhmu kurang penting, ukuran otakmu agak penting, ukuran hatimu adalah yang paling penting. (B.C. Gorbes)
Cara yang nyata untuk membedakan Anda dari saingan Anda adalah layanan yang Anda berikan. (Jonathan Tisch)
Lakukanlah dengan mengesankan, lakukanlah dengan benar dan lakukanlah dengan gaya. (Fred Astaire)
Barang siapa menebar benih kebaikan, akan menikmati panen abadi. (Anonim)
Hanya mereka yang berani mengambil resiko untuk melangkah lebih jauhlah yang akan mengetahui sejauh mana dia dapat melangkah. (T.S. Eliot)
Saya hanyalah seorang manusia, tetapi saya adalah seseorang. Saya tidak dapat melakukan segalanya, tetapi saya dapat melakukan sesuatu. Saya tidak akan menolak melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan. (Helen Keller)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya. (Abraham Lincoln)
Manakala kita mencintai dan tertawa bersama pasien kita, kita meningkatkan derajat tertinggi penyembuhan, yakni kedamaian didalam hati. (Leslie Gibson)
Sudah menjadi kewajiban kita untuk maju terus seakan-akan batas kemampuan kita tidak ada. (Pierre Teilhard de Chardin)
Tak ada sesuatu pun yang pernah berhasil dengan baik jika pelaksanaanya tidak dibantu oleh semangat yang kuat. (Nietzsche)
Kita memerlukan lebih banyak orang yang mengkhususkan diri mengerjakan sesuatu yang mustahil. (Theodore Roethke)
Sebuah gagasan baru mula-mula dianggap konyol, lalu dibuang karena dianggap tidak penting sampai akhirnya diakui semua orang. (William James)
Hal-hal besar dilakukan oleh orang-orang yang berpikiran hebat dan kemudian berkiprah di dunia untuk mewujudkan impian mereka. (Ernest Holmes)
Jerih payah hanya akan berhasil kalau pelakunya tidak mudah putus asa. (Napoleon Hill)
Pada hakikatnya, genius adalah mewujudkan gagasan yang paling sederhana. (Charles Peguy)
Menjadi Seorang Pekerja yang Efektif
ReplyDeletePekerja yang efektif memfokuskan pada kekuatan mereka dalam segala yang dilakukan. Mereka akan memastikan segala kebolehan mereka produktif. Kebanyakan pekerja tidak tahu apa yang mereka tidak dapat lakukan. Kadangkala mereka ini membuang terlampau banyak masa dan tenaga dengan bersungut berkenaan apa yang tidak dapat dilakukan.
Mengetahui had dan kemampuan diri
Pekerja yang efektif juga sedar terhadap had kemampuannya, tetapi beliau sentiasa mencari apa yang dapat dilakukan. Sementara yang lain masih merungut, pekerja yang efektif keluar dan bertindak. Akibatnya, ada antara had kemampuan asal tadi dapat diatasi.
Pekerja yang efektif akan mencari perkara-perkara ini dengan bertanya, ” Apa yang dapat saya lakukan? ” Mereka pasti sedar ada pelbagai perkara yang dapat dilakukan sehingga tidak cukup sumber dan asa bagi melakukan kesemuanya.
Menjadikan keselesaan itu tabiat dalam kerja.
Menjadikan kekuatan itu produktif juga penting dalam kebolehan dan tabiat kerja. Tidak begitu sukar bagi memastikan kita dapat menjadi produktif. Apabila terasa kita sudah faham waktu bila paling produktif kita bekerja, kita dengan sendirinya akan tahu bagaimana cara paling sesuai bekerja.
Semua ini mungkin dikatakan agak cetek tetapi sebenarnya tabiat kerja juga adalah sumber keberkesanan. Kebanyakannya sesuai bagi pelbagai jenis kerja. Pekerja yang efektif sedar akan perkara ini dan akan menggunakannya.
Melakukan kerja mengikut kecenderungan ilmu ataupun bakat
Pekerja yang efektif tidak akan cuba berlakon menjadi orang lain. Beliau akan bertanya, ” Apakah perkara-perkara yang mudah bagi saya, tetapi sukar bagi orang lain?” Ia mungkin menjadi seorang yang menulis laporan, membuat keputusan, rundingan, ataupun apa sahaja.
Ia bukan apa yang biasa orang fikirkan apabila bercakap berkenaan kekuatan. Biasanya apa yang dimaksudkan adalah ilmu ataupun bakat dalam sesuatu bidang. Namun, sifat dan tabiat juga memainkan peranan dalam pencapaian seseorang. Bagi menjadi efektif, kita perlu fokus pada apa yang kita mampu lakukan dan lakukannya dengan cara yang paling sesuai dengan diri kita.
Menjadikan kekuatan itu produktif adalah sikap, tetapi ia dapat diperbaiki dan dikembangkan dengan melatih diri. Jika kita mendisiplinkan diri bertanya, ” Apa yang dapat orang ini lakukan?” dan bukannya apa yang tidak dapat dilakukannya, kita perlu berubah sikap menjadi orang yang mencari dan menggunakan kekuatan orang lain dan lambat laun diri sendiri.