Saturday, October 17, 2015

Mufti Anggap Zeti Aziz Melakukan Jihad Demi Kepentingan Rakyat.....

Mufti Anggap Zeti Aziz Melakukan Jihad Demi Kepentingan Rakyat......





Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.
Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.
"Itu adalah jihad yang besar," katanya di laman Facebooknya malam tadi.
Tindakan BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk pembangkang dan rakyat.
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu minggu lalu meminta 1MDB membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan perancangannya berkaitan perkara itu kepada BNM.
Di bawah siasatannya, BNM berkata, ia merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendakinya semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
Sebagai hasil daripada siasatan, BNM mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui, di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara menolak saranan BNM berhubung pendakwaan 1MDB, menyebabkan tindakan tersebut dikritik banyak pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syabas Gabenor....Rakyat Bersama Anda.....

No comments:

Post a Comment