Parameswara Dari Kerajaan India]
- Dari kerajaan yang manakah asalnya Parameswara sebab India bukan sebuah kerajaan yang kecil sahaja tetapi sebuah kerajaan yang besar. Jadi, tiada penjelasan yang kuat. Ada banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan perlunya menyebut sebuah kerajaan dari Benua India itu sendiri.
- Tiada inskripsi dari India yang menceritakan tentang Parameswara pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi ianya ada diceritakan dalam Manuskrip Melayu. Saya ulangi Manuskrip Melayu.
- Sulalatus Salatin, atau nama lainnya ialah Sejarah Melayu bercerita tentang nenek moyang Parameswara yang bernama Sang Nila Utama membuka Singapura Purba. Sang Nila Utama dari keturunan bangsawan Srivijaya.
- Lalu dari keturunan Sang Nila Utama, lahirnya Parameswara, selepas Singapura Purba diperintah oleh pelbagai generasi. Maka Parameswara atau nama sebenarnya Raja Iskandar Shah naik takhta sebelum dilanggar dek Majapahit sebelum lari ke Melaka lalu membuka Melaka.
- Malangnya kisah Parameswara tidak diceritakan dalam mana-mana manuskrip sejarah dari India.
- Agama tidak menunjukkan bangsa. Kita semua tahu bahawa orang Melayu beragama Hindu dan juga Buddha sebelum kedatangan Islam. Jadi, tidak hairanlah memakai nama yang berbaur Sanskrit.
[Munsyi Abdullah]
- Sebenarnya Munsyi Abdullah adalah berketurunan campuran Arab-India-Melayu. Keturunan kacukan ini memang ada dalam mana-mana bangsa. Jadi, ini bukan sesuatu yang menghairankan dalam bangsa Melayu.
- Raja-raja Melayu pun mempunyai darah keturunan dari pelbagai bangsa di dunia.
- Munsyi Abdullah dikatakan sebagai tokoh kewartawanan Melayu yang pertama sekali oleh majoriti sasterawan Melayu kerana beliau antara tokoh pertama yang menulis dan menerbitkan buku biografi tentang diri beliau sendiri yang diberi nama hikayat mursyi abdullah.
- Dan bagaimana dalam buku tersebut beliau menentang tomahan Bahasa Melayu tidak ada kegunaan untuk dipelajari dan mentaliti segala dari Arab itu baik tanpa buruk adalah salah.
- Munsyi Abdullah adalah antara tokoh pertama aku yang menolak arabisasi dan didapati berkali-kali dalam buku beliau beliau menegaskan Melayu perlu ada rasa bangga pada kaum sendiri
- Hamka mengatakan bahawa anda ialah Melayu kalau berfikir, bermimpi, ketawa, menangis pun di dalam bahasa Melayu serta mengamalkan adat-adat Melayu itu.
- Jadi, kacukan ada dalam pelbagai bangsa dan saya tidak nampak tujuan dibangkitkan tentang Munsyi Abdullah ini.
[Puteri Hang Lipo]
- Tiada siapa yang menafikan keturunan Hang Lipo itu sendiri.
- Tetapi Sultan Mansur Shah dicatat mempunyai lebih isteri daripada Hang Li Po. Antara isteri-istreri Sultan Mansuur Syah selain daripada Hang Lipo terdiri daripada Puteri Onang Sari dan Raden Galoh Cendera Kirana,
- Jadi, saya tidak nampak sebab munasabab dinaikkan kisah Hang Li Po ini kerana Hang Li Po bukan satu-satu-satunya isteri Sultan Mansur Shah.
[Hang Tuah Itu Cina]
- Ini ialah kitar semula. Konon ujian Arkeologi dijalankan ke atas kubur Hang Tuah. Tetapi nama institut yang disebut itu pun tidak pernah wujud. Kertas kerja yang menceritakan bahawa pernah berlaku proses cari gali pun tidak wujud.
- Kalau Hang Tuah ialah pegawal Dinasti Ming yang sampai ke Melaka, kenapa tiga naskah agung sejarah yang bercerita tentang Hang Tuah tidak pernah menyebutkan? Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat Al-Nafis.
- Sejarah Hang Tuah dari kecil sehingga dewasa menjadi sumber utama penceritaan Hang Tuah langsung tidak dikaitkan dengan Dinasti Ming dan pegawal peribadi Hang Lipo pun.
- Bahkan sebelum kedatangan Hang Lipo, Hang Tuah telah wujud lama dalam sejarah Melaka dengan nama ayahnya Hang Mahmud dan ibunya Dang Merduwati.
- Beri saya sumber sejarah yang menceritakan tentang Hang Tuah dari China? Beri saya mana-mana bait dalam Hikayat Hang Tuah atau Sejarah Melayu yang mengatakan sedemikian?
No comments:
Post a Comment