Monday, October 12, 2015

Saman Liong Sik: Najib belum buat keputusan

Saman Liong Sik: Najib belum buat keputusan


Peguam Najib masih menunggu arahan sama ada meneruskan saman atau tidak terhadap Ling Liong Sik.
ling-liong-sik_najib_law_600
PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum memberi arahan kepada peguamnya sama ada meneruskan saman terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik kerana membuat kenyataan memfitnahnya.
Bercakap kepada FMT, peguam Najib, Nor Emelia Mohd Iszeham berkata, mereka sedang menunggu arahan seterusnya daripada Perdana Menteri.
Katanya, mereka telahpun menerima jawapan balas daripada peguam Liong Sik, Ranjit Singh Yeoh, terhadap notis tuntutan saman yang dihantar kepada bekas Menteri Pengangkutan itu pada 5 Oktober lalu.
“Peguam Liong Sik mempertikaikan permintaan kandungan notis tuntutan yang dihantar 5 Oktober lalu. Mereka berpegang kepada kenyataan media Liong Sik pada 7 Oktober. Beliau tidak akan meminta maaf.
“Kami masih belum mendapat arahan daripada Perdana Menteri sama ada mahu meneruskan atau tidak dengan saman,” katanya.
Pada 3 Oktober lalu, Liong Sik dilaporkan oleh portal MalayMailOnline (MMO) beliau menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Najib seharusnya meletakkan jawatan kerana mengambil duit rakyat untuk diri sendiri.
“Saya bersetuju dengan Mahathir. Ini kerana beliau (Najib) telah mengambil duit rakyat dan memasukkan ke akaun peribadinya,” katanya.
Pada 5 Oktober, peguam Najib telah menghantar notis tuntutan saman dan menuntut Liong Sik memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dalam tempoh tujuh hari.
Liong Sik bagaimanapun menyatakan enggan memohon maaf dan sedia berhadapan dengan Najib di mahkamah.

No comments:

Post a Comment