Kesakitan Anwar Di Penjara Tiada Siapa Ambil Peduli
Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang kini sedang menjalani hukuman penjara kononnya terlibat dalam jenayah liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan kira-kira 7 tahun lalu kini dilaporkan dalam keadaan sakit teruk di penjara.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Nuha dan Nurul Izzah Anwar, mereka mendakwa Anwar dalam keadaan sakit teruk dan perlu penjagaan insentif dari pusat kesihatan dan keluarganya.
Dalam hal ini, adakah patut membiarkan Datuk Seri Anwar kekal terseksa didalam penjara sedangkan beliau menanggung kesakitan dan kurang mendapat rawatan yang betul?
Pelbagai usaha dilakukan oleh barisan peguamnya untuk mendapat perintah membawa Datuk Seri Anwar keluar dari penjara dan dihantar ke pusat rawatan yang lebih baik dari apa yang beliau dapat hari ini. Namun semua usaha berkenaan masih sia-sia.
Sewajarnya, individu seperti Datuk Seri Anwar ini dilepaskan kerana kesakitan yang beliau alami ini boleh membawa maut kepada beliau. Andai beliau menemui ajal di penjara, pastinya pihak penjara akan dipersalahkan dan sekaligus mengundang perasaan tidak puas hati Pakatan Harapan.
Ini kerana, Datuk Seri Anwar sahajalah yang dilihat individu paling berkaliber bagi menjadi Perdana Menteri pilihan andai Pakatan Harapan berkuasa kelak.

No comments:
Post a Comment