Monday, October 19, 2015

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng juga memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selaku defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Anwar selaku plaintif.

Mahkamah juga memerintahkan kos guaman sebanyak RM8,000 dibayar oleh defendan.

Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) mengenai undang-undang homoseksual.

Hue ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati artikel yang diterbitkan defendan dibuat dengan berniat jahat dan defendan telah gagal membuktikan pembelaan justifikasi dalam kes saman itu.

Beliau juga menolak usaha peguam Utusan, Firoz Hussein Ahmad yang mahu menimbulkan kesalahan terdahulu Anwar.

Peguam Anwar, N Surendran berkata penghakiman hari ini membuktikan bahawa akhbar milik Umno itu mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggung-jawab.

“Vindikasi tunjukkan Datuk Seri Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya oleh Umno.

“Mereka masih mengulangi kes-kes seperti ini. Kita harap ini satu pengajaran. Ini bukan cara akhbar yang bertanggungjawab,”katanya kepada wartawan di luar mahkmah.

Pada 21 Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada 17 Januari 2012 berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 10 Jan 2012 bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel di muka depan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Jan tahun sama, berhubung temu bual beliau dengan BBC.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Sunday, October 18, 2015

NEGARA AKAN MUFLIS PADA TAHUN 2019 . JIKA UMNO MASIH BERKUASA

NEGARA AKAN MUFLIS PADA TAHUN 2019 JIKA TERUS MEMBERIKAN SUBSIDI HOSPITAL, BUKU TEKS DAN TOL



Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Oleh itu, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) berkata kerajaan pusat perlu mengambil langkah yang tidak popular seperti menaikkan harga beberapa barangan keperluan seperti, petrol, gula, minyak masak, tepung, terpaksa diambil bagi mengatasi masalah bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pada ketika ini. . Antara langkah pengurangan subsidi yang dicadangkan ialah:

- Mengurangkan subsidi gas: Walaupun langkah ini akan menyebabkan tarif elektrik meningkat. Namun pengguna tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan penggunaan tenaga elektrik lebih daripada 200 kilowatt (kWh).

- Meningkatkan kadar tol di semua lebuh raya pada setiap perjanjian konsesi kecuali bagi lebuh raya yang tidak mempunyai jalan alternatif.


- Caj yang dikenakan bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Sementara bagi pesakit yang ditempatkan di wad sama kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.


- Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan. Manakala, pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.


- Semua pelajar asing yang menuntut di universiti tempatan perlu membayar yuran penuh pengajian mereka tanpa mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.


- Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.


Bagaimanapun, Idris menegaskan bahawa semua cadangan pengurangan subsidi yang berkenaan masih belum dimuktamad dan belum diluluskan oleh Kabinet.

“Rakyat perlu tahu Malaysia merupakan antara negara paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya. Jumlah subsidi yang kerajaan berikan ini jauh lebih besar daripada subsidi yang dinikmati oleh rakyat di Filipina, India, China dan malahan Somalia,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi terhadap barangan utama seperti petrol dan gas, barangan keperluan harian, pendidikan, perubsatan dan lain-lain bagi mencapai penjimatan yang lebih besar dalam KDNK negara.

Pemandu ditubuhkan bagi mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana langkah-langkah yang boleh diambil mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh negara disamping memberikan subsidi tersebut kepada kumpulan sasar secara terus.

Pada masa yang sama pasukan khas ini bertindak sebagai agen yang menerangkan kepada rakyat mengenai sebab kerajan perlu mengurangkan pemberian subsidi bagi mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Saturday, October 17, 2015

Sidang Dewan Rakyat: Usul undi tak percaya kepada Najib disenarai

Sidang Dewan Rakyat: Usul undi tak percaya kepada Najib disenarai

DEWAN-RAKYAT-600x360
BANGI, Sabtu – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima dan  disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan mula bersidang, Isnin ini.
Usul itu diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan,  selepas menerimanya daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.
Loy Sian menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul termasuk wang RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
“Bahawa Dewan ini mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan ‘Wang Derma’ berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut  untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
“Dengan tidak menjelaskan mengapa ‘Wang Derma’ ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana ‘Special Task Force’ yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Public Account Committee (PAC) yang sedang menjalankan siasatan vote noterhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
“Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
“Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap Perdana Menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri,” kata usul yang dikemukakan.
September lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata hanya beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menolak sebarang usul, termasuk usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Sehubungan itu, katanya, tiada mana-mana menteri yang boleh menolak apa-apa usul di Dewan Rakyat kerana yang berkuasa mengenai perkara itu adalah Speaker.
Beliau bagaimanapun berkata, usul undi tidak percaya sepatutnya tidak dibincangkan selagi Dewan Rakyat belum bersidang dan Speaker belum menerima usul itu.
Dengan penyenaraian usul berkenaan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat bermula lusa, ini bermakna Pandikar Amin telah menerima usul berkenaan, tetapi ia diletakkan di kedudukan yang sukar untuk dibahaskan.

Mufti Anggap Zeti Aziz Melakukan Jihad Demi Kepentingan Rakyat.....

Mufti Anggap Zeti Aziz Melakukan Jihad Demi Kepentingan Rakyat......





Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.
Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.
"Itu adalah jihad yang besar," katanya di laman Facebooknya malam tadi.
Tindakan BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk pembangkang dan rakyat.
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu minggu lalu meminta 1MDB membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan perancangannya berkaitan perkara itu kepada BNM.
Di bawah siasatannya, BNM berkata, ia merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendakinya semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
Sebagai hasil daripada siasatan, BNM mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui, di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara menolak saranan BNM berhubung pendakwaan 1MDB, menyebabkan tindakan tersebut dikritik banyak pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syabas Gabenor....Rakyat Bersama Anda.....

Perlu Semangat Pahlawan Membabitkan Siasatan 2.6 Billion Najib...

Perlu Semangat Pahlawan Membabitkan Siasatan 2.6 Billion Najib...



Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar mengakui agensi itu menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat yang dilalui sekarang bagi berhadapan dengan siasatan yang membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.
"Kebetulan saya bakal bersara, SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar.
“Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya tanpa menamakan individu berkenaan.
Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran itu akan menentukan sejauh mana keberkecualian dan profesional anggota suruhanjaya itu di mata rakyat.
SPRM sedang menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya.


Video Viral Pengarah SPRM

Konspirasi Najib Cuba Menutup Penyelewengan 1MDB....

Konspirasi Najib Cuba Menutup Penyelewengan 1MDB....





Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.
"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya.

Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB. Beliau turutmelahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.
"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.
Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara. 

"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu. Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu. Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka telah dibebaskan apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama. Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari.

Skandal 1MDB: Raja-raja Melayu mahu Siasatan Disegerakan

Skandal 1MDB: Raja-raja Melayu mahu Siasatan Disegerakan....






KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan itu. Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada Selasa.

Ia berkata: “Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

Terkini: Kaji Selidik Menunjukkan Orang Melayu Tidak Menyokong Najib.....Sebarkan

Terkini: Kaji Selidik Menunjukkan Orang Melayu Tidak Menyokong Najib.....Sebarkan




Di harap laporan kaji selidik ini menyedarkan Najib bahawa majoriti Rakyat Malaysia mahu beliau berundur dari mentadbir negara. Najib perlu sedar laporan ini bukan sahaja memberi kesan kepada UMNO tetapi paling utama kesannya kepada ekonomi negara yang kini dalam bahaya seperti yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara.

Undur Letak Jawatan lah Najib jika anda sayang negara ini.

Satu kaji selidik menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat - untuk kali pertama berlaku - lapor akhbarStraits Times (ST) Singapura.
Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa.
Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012.
Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus.
Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan.
Lapor ST, keputusan kajian itu dibentangkan kepada penganalisis sektor kewangan pada minggu lalu.
Sokongan keseluruhan terhadap kerajaan juga menurun kepada 23 peratus - tahap terburuk pernah dicatatkan sejak kaji selidik mengenainya mula dibuat Merdeka Center pada 2012.
Mengenai pengundi Cina pula, hanya lima peratus responden menyokong kerajaan berbanding 11 peratus pada Januari lalu.
Kaji selidik sama juga mendapati kemerosotan sokongan terhadap kerajaan kebanyakannya disebabkan oleh cara isu ekonomi ditangani.
Data dikumpul Merdeka Center menunjukkan hanya 17 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi berbanding 78 peratus yang tidak berpuas hati.
Kaji selidik itu dijalankan di kalangan responden di Semenanjung Malaysia pada Ogos, sejurus selepas Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.-Sumber Malaysiakini

Friday, October 16, 2015

Selangor terus bantah kenaikan kadar tol

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri kesal dengan keputusan menaikkan kadar tol di Lebuhraya KESAS dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) kerana tidak dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun dua anak syarikat Kerajaan Negeri mempunyai saham minoriti dalam konsesi lebuh raya, namun ia tidak menghalang Selangor untuk membantah.
MB AzminBeliau berkata, Kerajaan Negeri melalui wakilnya sudah meminta Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah dipanggil segera untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak cadangan kenaikan kadar tol.
“Walaupun tidak mempunyai kuasa pemutus dan hanya pemegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya, adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk membantah kenaikan tol yang tidak bertanggungjawab.
“Kesan kenaikan itu akan terus menekan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mohamed Azmin juga meminta Kerajaan Persekutuan menggunakan perolehan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi.
tol auotmatik 1Katanya, ia bagi mengelakkan rakyat terus dibebani dengan kenaikan kadar tol yang melampau dalam keadaan peningkatan kos sara hidup hari ini.
“Keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar tol adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali terutama ketika rakyat berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.
Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang) masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS sejak 1993.
Manakala, pegangan saham sebanyak 20 peratus dimiliki kdua syarikat terbabit dalam konsesi Lebuhraya SPRINT sejak 1999.

Matthias henti mogok lapar, kumpul tenaga lawan Najib

Peguam Matthias Chang menamatkan mogok laparnya semalam kerana tidak ada pemimpin Umno yang menyahut cabarannya untuk sanggup mati demi perjuangan masing-masing.
Antara mereka yang dicabarnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin Umno Tan Sri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman.
"Memandangkan tidak ada mereka yang dinamakan itu (menyahut cabaran saya) dan kerana saya telah mogok lapar selama tujuh hari dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kepada kesihatan saya, ini adalah bukti bahawa Allah telah melindungi saya," kata Chang dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.

Katanya, beliau telah menunjukkan keadilan dalam perjuangannya - keadilan, kebenaran dan maruah dan berkata Najib telah gagal untuk berbuat demikian.
Oleh itu, katanya beliau tidak perlu lagi untuk meneruskan mogok lapar.
Chang mengadakan mogok lapar ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 8 Oktober.
Beliau telah pun didakwa bersama dengan anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana dituduh cuba mensabotaj sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan negara ini.
Pendakwaan mereka kerana membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, telah dikritik sebagai satu percubaan untuk menutup mulut pengkritik Najib.
Chang, yang kini menerima rawatan di rumah sakit penjara Sungai Buloh, berkata, beliau akan mengumpul kekuatan untuk melawan perdana menteri.
Katanya, beliau akan menumpukan segala kekuatan dan tenaganya dengan Khairuddin untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh rejim Najib sehingga mencapai kemenangan untuk semua rakyat Malaysia demi nilai, kebenaran, keadilan dan maruah.
Chang, yang juga seorang Katolik, berkata beliau percaya Allah, dewi Kali Hindu dan dewa-dewa Tao akan melindunginya dan memberinya kekuatan dalam perjuangannya menentang Najib.

Wednesday, October 14, 2015

Selangkah sebelum jadi negara gagal

Ketika Pak Samad (atau nama rasminya, Datuk A Samad Said) menyertai DAP pada 13 Jun lalu, seluruh negara tahu tentang kemasukannya. DAP ada sebab untuk berbangga dan ada sebab juga untuk mengadakan sidang media bagi menguar-uarkan kemasukan sasterawan negara itu ke 'parti cauvinis Cina'.
Maka berkata itu inilah hampir semua orang, termasuk golongan penulis mapan, separa mapan atau yang baru berjinak-jinak dengan makna mapan.
Tidak ketinggalan, orang bukan penulis – dan tentunya ahli politik sendiri – menjadi pengulas yang serba tahu mengenai Pak Samad. Komen atau ulasan menghina usah dikiralah. Berdasarkan kemarahan dan kebencian pengkritik, langkah Pak Samad menjadi ahli DAP itu seolah-olah beliau sudah terkeluar daripada Islam.
Bagi pengagum pula, Pak Samad adalah si pemberani yang mendepangkan dadanya untuk menerima muntahan peluru kemarahan ramai.
Di antara pengkritik dan pengagum itu ada juga golongan pertengahan yang mampu melihat – atau sekurang-kurang cuba melihat – secara rasional alasan di sebalik keputusan Pak Samad.
Dan secara diam-diam dan terhad, ada pula penulis lain mengikuti jejak Pak Samad dengan menganggotai 'parti cauvinis Cina' itu. Dia penulis Melayu yang sudah menempa nama.
Tidak seperti Pak Samad, penulis berkenaan memasuki DAP secara diam-diam dan “malu-malu”. Sesekali dia nampaknya mahu mengatakan kepada dunia di luar lingkungannya bahawa dia adalah ahli DAP.
Itulah, sama ada diuar-uarkan atau secara senyap-senyap, sesuatu tindakan itu boleh diambil mengikut pilihan masing-masing. Biasanya langkah itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan jangkaan kesan di kemudian hari. Apa yang penting, langkah itu diambil dengan matlamat sendiri.

Begitu juga halnya dengan politik dalam negara. Ketika ini ada satu pihak bersungguh-sungguh mahu Datuk Seri Najib Razak berundur daripada tugasnya sebagai perdana menteri.
Ditekan ke dinding
Tun Dr Mahathir Mohamad salah seorang tokoh yang menguar-uarkan hajatnya yang mahukan Najib meletak jawatan – atau disingkirkan oleh ahli partinya sendiri – dengan menggunakan hujah “demi kepentingan negara”.
Bersama Dr Mahathir adalah pula sejumlah tokoh lain. Datuk Khairudin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah nama lain yang secara terbuka menyatakan keinginan masing-masing mahu perdana menteri negara ini digantikan.
Kemudian ada pula Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan langkah yang ‘malu-malu’ dan berhemat, timbalan presiden Umno dan naib presiden Umno itu nampaknya mula semakin berani (walaupun sebenarnya belum cukup berani).
Tetapi kita boleh bertanya – sekadar itukah langkah yang diatur? Tidak keterlaluan untuk berkata tidak. Langkah yang senyap-senyap dan diam-diam juga tentu diatur.
Sebelum pihak berkuasa memulakan tindakan terhadap Khairudin dan Chang, seseorang yang rapat dengan sumber dalaman Umno memberitahu: “Tunggulah nanti Majlis Raja-Raja akan bersidang bulan Oktober ini”.
Kata-kata itu ditanggap secara skeptikal saja, sehinggalah tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB pada 6 Oktober lalu.
Adakah setakat itu saja langkah mendesak Najib meletak jawatan? Tentulah tidak.
Menurut sumber itu lagi sudah ada semacam persefahaman antara kumpulan Dr Mahathir dengan tokoh tertentu pembangkang untuk bekerjasama memastikan Najib akan mengalah juga akhirnya.
Melalui langkah yang dibenarkan demokrasi, Najib akan ditekan ‘hingga ke dinding’ melalui kerjasama berkenaan sehingga menyebabkan – mengikut bacaan beliau – anak bekas perdana menteri itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengambil langkah seperti pernah diambil Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pembangkang sedia? Tidak
Jika itu benar-benar berlaku, bersediakah parti pembangkang di negara ini?
Sumber dalaman DAP mempunyai jawapan mudah ketika ditanyakan isu itu: “Tidak.”
Ia bukanlah sangat disebabkan kekalutan dalam Pakatan Harapan dan kekeliruan sikap PAS ketika ini. Ia lebih kepada realiti dalaman DAP sendiri.
Jika gerakan mengetepikan Najib sebagai perdana menteri berjalan seperti didakwa, ia sepatutnya berlaku dalam tempoh sebulan dua ini.
Masalah DAP ialah, tempoh sebulan dua ini jugalah mereka mengadakan pemilihan di peringkat negeri hingga ke cawangan. DAP sama sekali bukan parti pada malaikat atau bebas nafsu. Pemilihan itu bermakna wujudnya pertentangan kumpulan dalaman parti berkenaan.
Di zaman ini hampir tidak dapat diterima akal jika pertentangan merebut jawatan dalam parti tidak memberi sebarang luka, lebam atau calar. DAP juga tidak terkecuali.
Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan ialah PKR dan Parti Amanah Nasional (AMANAH). Bagi setiap pemerhati politik, gelora dalam PKR bukan lagi rahsia. Ketika Azmin Ali masih dilihat bermelankolik dengan PAS, sebahagian yang lain menganggap adalah lebih wajar untuk mereka meneruskan hidup bersama AMANAH.
Pada masa sama AMANAH belum benar-benar teruji. Apa yang kelihatan setakat ini sekadar gimik dan propaganda yang kadang-kadang agak kelakar.
PAS? Oh, semalam baru saja Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipeluk Datuk Ibrahim Ali.
Dalam senyum lebar Ibrahim mendakap Abdul Hadi dengan disaksikan ramai orang, termasuk pimpinan atasan PAS yang sesetengahnya kelihatan senyum dalam cemas.
Gelora parti, kumpulan
Mereka kemudian terpaksa pula membuat penjelasan untuk merasionalkan pertemuan Abdul Hadi dengan Ibrahim selepas reaksi orang ramai rata-rata bersifat sinikal terhadap PAS yang kelihatan semakin ketara menjadi parti Melayu.
Andainya keadaan adalah sama – atau tiada perubahan signifikan – dan kepimpinan negara bertukar, apa kedudukan pembangkang?
Mengikut sifir ‘mudah’, mungkin akan ada kerajaan perpaduan yang menyatukan semua parti – atau hampir semua parti. Matlamat awalnya tentulah mencari kestabilan dan ketenteraman dalam negara. Kemungkinan besar PAS akan ada di dalamnya. Begitu juga DAP dan PKR.
Gelora dan perselisihan antara parti atau kumpulan akan cuba dipendamkan untuk sementara waktu. Pada ketika itu semua pihak bersetuju duduk semeja berbincang mengenai masa depan negara – sehinggalah tiba detik yang tidak dijangka apabila sebelum satu demi satu perselisihan muncul.
Ia bukan sekadar isu bagaimana Pak Samad masuk DAP yang dihebah-hebahkan atau seperti penulis Melayu yang menyertai parti itu secara diam-diam.
Ia adalah jauh lebih rumit dan berisiko.
Pada ketika itu kita menapak selangkah lagi untuk menghampiri status negara gaga