Tukar Najib atau tidak,UMNO tetap UMNO.
1. Jika Najib ditukar sekalipun,dan presiden baru UMNO dipilih,kita boleh letakkan asas bahawa ahli UMNO selalu buat silap di dalam pemilihan Presiden UMNO. Kita tak mahu kesilapan ini berulang lagi.
2. Kemelut politik dalam UMNO tidak akan berhenti kerana akan timbul konflik di antara kem Zahid Hamidi dan Kem Muhyiddin Yassin. Tradisi UMNO ialah,Presiden akan jadi PM,Timbalan Presiden akan menjadi TPM dan jika Presiden melepaskan jawatan,maka Timbalan Presiden akan menjadi PM. Dan sekarang tradisi itu sudah bercelaru. Ya,dahulu pernah terjadi Timbalan Presiden dipecat dan tidak memegang jawatan TPM,tetapi Presiden UMNO dahulu kuat,tidak ditentang seperti sekarang. Tetapi sekarang,Presiden UMNO amat ditentang kuat oleh pembangkang dan ahli sendiri. Jika Muhyiddin dipilih menggantikan Najib, kem Zahid Hamidi pulak tidak akan berpuas hati,Zahid orang nombor dua di dalam kerajaan,dia juga mengimpikan jawatan PM.
3. Kita imbas kembali Pemilihan Agung UMNO yang lalu,Najib menang tanpa bertanding. Maknanya akar umbi UMNO menyokong kepimpinan beliau. Tetapi sekarang ada segelintir akar umbi UMNO yang menentang beliau. Mereka akui membuat kesilapan dalam memilih Najib. Begitu juga Mahathir pun mengakui.
4. Jika kita masih percaya pengganti Najib selepas ini akan membuat perubahan,sebenarnya kita silap. Yang menentukan hala tuju negara ialah akar umbi UMNO dan jika sekali lagi mereka tersalah pilih Presiden,maka keseluruhan rakyat di negara ini menanggung akibatnya.
5. Yang sebaiknya ialah kita kalahkan UMNO pada Pilihanraya Umum akan datang. PKR,PAS,DAP dan AMANAH perlu bersatu untuk mengalahkan UMNO. Tiada jalan lain lagi untuk tewaskan UMNO.
Tukar UMNO,Malaysia lebih baik.
No comments:
Post a Comment