APA ITU PERJUANGAN
Apa erti perjuangan kalau mengharapkan balasan
Apa erti perjuangan kalau tidak ada pengorbanan
Apa erti perjuangan kalau merungut merintih di tengah jalan
Apa erti perjuangan kalau ada kepentingan
Apa erti perjuangan kalau tidak ada keredaan
Apa erti perjuangan kalau tidak ada kebenaran
Perjuangan menuntut keberanian
Berani menghadapi apa sahaja
Yang menghalang keberanian
Berani menghadapi kesusahan
Berani menghadapi kesakitan
Berani menghadapi kematian
Berani melafazakan taubat nasuha
Di atas kesilapan dan kesalahan yang ada
Kepada Dia Yang Berkuasa
Maha Pengasih, Maha Penyayang
Dialah yang sentiasa menunjuk jalan yang lurus
Dia adalah Rabbi, Yang Maha Ikhlas
Senantiasa menerima taubat dari hamba yang mahu sujud
Dengan semata-mata kerana Allah
Itulah landasan perjuangan
Yang datang dari niat yang suci
Dan hati yang sentiasa berani
Berani melaksanakan apa saja kerana Allah
Hanya amalan yang ikhlas
Sahaja yang dapat di terima
Pemimpin yang ikhlas sahaja
Yang dapat memimpin pengikutnya
Menuju perjuangan yang menjadi kekuatan
Kepada agamanya bangsanya dan negaranya
Untuk disemadikan sebagai amalan yang soleh
Innasolati Wanusuki Wamahyaya
Wamamati Lillahirabbil’alamin
Wamamati Lillahirabbil’alamin
Erti sebenar-benar perjuangan adalah ikhlas
Yang mendaulat apa saja di dalam perjuangan
Di dalam perjuangan
No comments:
Post a Comment