Tidak seperti penyokong Bersih yang proaktif dan mahukan perubahan, kumpulan “baju merah” hanya melakukan tindakbalas.
Berikut adalah sepuluh contoh tentang betapa kurangnya imaginasi mereka.
1. Muflis idea
Peserta Bersih memakai baju kuning, berhimpun pada 29-30 Ogos untuk mendesak perletakan jawatan Najib Razak. Perhimpunan baju merah hanyalah tindakbalas daripada itu, untuk menunjukkan masih ada yang menyokong Najib. Umno Baru hanyalah peniru, sama seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri yang mencadangkan ‘Low Yat II’ untuk meniru kejayaan Plaza Low Yat.
2. Propaganda perkauman ketimbang desakan yang baik
Rasuah, ketidakadilan dan salah guna kuasa telah melumpuhkan Malaysia. Lima matlamat Bersih adalah untuk menegakkan proses demokrasi melalui pilihanraya yang bersih. Perhimpunan baju merah tidak lebih daripada Klu Klux Klan versi Asia.
3. Kegiatan perniagaan
Dilaporkan bahawa kegiatan perniagaan rancak berjalan ketika Bersih 4, sehingga ada beberapa kedai yang kehabisan makanan. Retorik perkauman dan ganas kumpulan baju merah telah menakutkan ramai peniaga sehingga menasihati pelanggan mereka untuk tidak datang pada 16 September.
4. Sikap hipokrit kerajaan
Walaupun sudah dijanjikan yang Bersih 4 dibenarkan untuk berlangsung secara aman, penganjurnya diganggu, perhimpunan diisytihar sebagai haram, baju kuning dilarang, dan orang ramai diancam denda jika memakai baju kuning.
Penganjur diarahkan mengadakan perhimpunan di stadium. Mereka yang terlibat memantau perhimpunan diancam hukuman. Namun penganjur perhimpunan baju merah tidak pula menerima ancaman yang sama.
5. Tarikan di peringkat global
Bersih 4 memiliki tarikan global dengan lebih 50 kota di seluruh dunia memberi respon kepada desakan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan perletakan jawatan Najib. Kumpulan baju merah tidak boleh mendakwa yang mereka juga begitu.
6. Perpecahan ketimbang perpaduan
Penyertaan pada Bersih 4 meningkat menjelang Hari Merdeka, dengan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang menunjukkan perpaduan mereka. Perhimpunan baju merah pula memecahbelah dan hanya mewakili minoriti kecil ahli Umno Baru yang perkauman dan berfikiran sempit. Perhimpunan yang akan diadakan pada Hari Malaysia itu menghina seluruh rakyat.
7. Kekeliruan ketimbang komunikasi
Mesej Bersih kepada kerajaan adalah jelas. Najib perlu letak jawatan dan pilihanraya perlu dilakukan secara bersih untuk menegakkan demokrasi negara ini.
Perhimpunan baju merah hanyalah gangguan, yang diadakan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan dakwaan rasuah lain.
8. Kehadiran berbayar ketimbang sukarela
Penyokong Bersih secara sukarela dan sendiri menyokong lima desakan Bersih dan perletakan jawatan Najib.
Ceramah Umno Baru pula perlu bas yang disewa khusus untuk membawa penduduk pedalaman. Malah mereka diberi wang belanja dan makanan atas kehadiran mereka.
9. Salah guna wang rakyat ketimbang sumbangan sukarela
Penyokong Bersih 4 menggunakan wang sendiri untuk membali baju Bersih. Bagi baju merah pula, kemungkinan besar wang rakyat ada digunakan.
10. Kewibawaan penganjur
Kecuali Bersih 1 yang dimulakan sekumpulan politikus, Bersih 2, 3 dan 4 dipimpin oleh tokoh berwibawa seperti sasterawan negara Pak Samad, bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan kini aktivis Maria Chin Abdullah.
Satu-satunya bakat Jamal Md Yunos adalah sokongannya kepada Najib dan kebolehan untuk menutup mata daripada melihat ketidakadilan, rasuah dan salah guna kuasa.
No comments:
Post a Comment