Wednesday, September 30, 2015

Gabenor Dedahkan Rahsia Ekonomi Semakin Teruk.....Sebarkan

Gabenor Dedahkan Rahsia Ekonomi Semakin Teruk.....Sebarkan



Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.

Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.

Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.

Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.

Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.

Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.

Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.


Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.

Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.

Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.

Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.

Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.

Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib.


Syabas Gabenor Diatas Keberanian Demi Untuk Rakyat.

Sebarkan agar Rakyat Malaysia tahu masih ada Insan yang berani menentang arus.

Sunday, September 27, 2015

Ketua Umum Keadilan Dato Seri Anuar Ibrahim sedang sakit dan telah dinafikan rawatan yg sepatutnya. Marilah kita doakan semoga sakitnya cepat sembuh.
Amin.

Saturday, September 26, 2015

Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail










Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail (lahir 1952) merupakan ahli politik dan merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat, yang mana beliau telah tubuhkan di Malaysia. Beliau juga merupakan isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, yang beliau telah kahwini dalam tahun 1980. Pada 2004, mereka mempunyai enam anak, lima perempuan dan seorang lelaki.
Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura,[perlu rujukan] ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'.[1]
Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 28 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.[perlu rujukan]
Ayahnya, Dato Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ayahnya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan dan ada sedikit sangkut-paut dengan keturunan Kelantan.
Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika bapa dan ibunya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus bin Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.
Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buluh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.



SEJARAH PENUBUHAN PARTI AMANAH BARU

SEJARAH PENUBUHAN PARTI AMANAH BARU

0 Depan1. Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2015, negara mencatatkan satu lagi sejarah apabila Parti Amanah Negara atau singkatannya ‘Amanah Negara’ akan dilancarkan dengan rasminya di IDCC Shah Alam.
2. Sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam, Amanah Negara akan memikul tanggungjawab mencorakkan politik negara dan ummah mengikut prinsip-prinsip Islam ke arah mencapai cita-cita besar Malaysia.
3. Amanah Negara mempunyai sejarah tersendiri. Ia dilahirkan selepas PAS berpecah dua. Perpecahan ini berlaku dari atas, iaitu dari pucuk pimpinannya, sehingga ke bawah, iaitu di cawangan atau akar umbinya. Perpecahan ini adalah hasil dari keinginan untuk membawa pendekatan berbeza setelah ada yang beranggapan “pendekatan melalui PR merugikan PAS”.
BERMULA PERPECAHAN DALAM PAS
4. Bibit-bibit perpecahan dalaman PAS yang membawa kepada penubuhan Amanah Negara mula berputik sejak 2008.
5. Apabila gabungan PAS bersama PKR (BA) dan kerjasama pilihan raya dengan DAP menang besar pada pilihan raya umum 2008, jalur pemikiran berbeza mula ketara. Ada yang ingin mempertimbangkan kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan, khususnya untuk Selangor dan Perak, manakala ada yang mahu kekal bersama dengan PKR dan DAP dengan membentuk Pakatan Rakyat (PR).
6. Walaupun pendekatan bersama PR telah mendapat pengesahan dan sokongan melalui Muktamar tahunan PAS pada 2008 dan tahun-tahun seterusnya, namun golongan yang ingin menimbangkan kerjasama dengan UMNO terus berusaha. Ekoran itu hubungan dalam PAS tidak pernah serasi antara dua jalur pemikiran ini.
7. Ada saja isu yang berbangkit yang menampakkan perbezaan pemikiran dan pendekatan ini. Ini termasuklah isu Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor dan lain-lain. Ia semakin ketara selepas perginya pemimpin ulung PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KEMPEN MENYINGKIRKAN KELOMPOK PRO-PR
8. Menjelang muktamar PAS ke 59 di Shah Alam pada tahun 2013, kempen mula dibuat untuk menyingkirkan pimpinan yang pro-PR. Mereka mula dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’ (sempena nama presiden Turki Reccip Tayyib Erdogan), ‘parasit’ dan ‘Anwarinas’ oleh yang ingin mencuba pendekatan selain dari PR.
9. Namun usaha kali itu gagal apabila perwakilan membuat pilihan menggabung jalinkan kepimpinan PAS antara kedua-dua kumpulan ini.
10. Pada Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor pada tahun 2014, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan muktamar dengan tegas berkata, “kepada sesiapa yang hendak jadi imam juga, carilah tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadilah imam sendiri.” Ia telah ditafsirkan sebagai tindakan menghalau kumpulan pro-PR secara terbuka oleh beliau. Kesannya PAS berpecah dua.
11. Sejak itulah, kempen besar-besaran dan sistematik dibuat untuk menghalau kumpulan profesional atau Erdogan ini. Padahal merekalah tunggak yang menggerakkan PAS selama ini. Akaun Facebook dan blog hantu mula digunakan untuk membuat serangan secara terbuka kepada mereka dengan pelbagai label diberikan dari Anwarinas, jebon, parasit, barua, anai-anai sehinggalah kepada liberal, sekular dan anti-ulama! Sedangkan isu sebenar adalah samada kekal dengan PR atau sebaliknya.
12. Ditimbulkan juga tuduhan penyusupan,IRC dan JIM serta kisah-kisah lama yang tidak releven dan dilupai ramai. Label dan tuduhan yang dilemparkan bertujuan mengalih pandangan perwakilan dari isu sebenarnya,ia itu keinginan pimpinan tertentu untuk keluar PR dan PAS bersendirian membina hubngan dengan semua termasuk UMNO/BN.
MUKTAMAR PAS KE 61 KEMUNCAK PERPECAHAN & BERPECAH DUA
13. Demonstrasi juga dibuat di pejabat Agung PAS untuk menyerang pimpinan pro-PR ini. Banner dinaikkan, gambar mereka dipijak, tuduhan rambang dibuat, namun tiada tindakan diambil oleh DS Presiden untuk menghentikan kerja-kerja terkutuk ini.
14. Maka pada Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor, tercapailah cita-cita itu. Pihak konservatif yang menggelar diri mereka sebagai golongan ‘pro ulama’ berjaya menghalau kumpulan pro-PR dalam PAS dari jawatan kepimpinan.
15. Pada Muktamar PAS itu juga usul berpisah dengan DAP turut diluluskan tanpa dibahas. Ini akhirnya menyaksikan Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008 antara PAS, PKR dan DAP berkubur.
PENUBUHAN WADAH BARU & MENGUSAHAKAN PAKATAN 2.0
16. Kemudian, satu program ceramah ‘Jasa mu dikenang’ untuk menghargai pihak yang terpinggir ini diadakan di Markas PAS kawasan Bakri, Johor pada 16 Jun 2015. Hasil sambutan yang diterima, telah diputuskan penubuhan sebuah parti baru yang berasaskan Islam adalah satu keperluan.
17. Parti Islam ini akan mengusahakan kewujudan Pakatan Rakyat 2.0, sebagai meneruskan momentum perubahan rakyat, yang sudah sedia wujud.
18. Setelah pelbagai proses berjalan, maka hari ini lahirlah ‘Parti Amanah Negara’ setelah pimpinan Islamis pro-PR ini mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.
19. Semoga perjuangan ini dirahmati Allah dalam usaha untuk menyambung tugas baginda Nabi SAW, membawa Islam sebagai Rahmat Untuk Semua.

Buat insan yang di ingati yang bernama Anwar Ibrahim

Buat insan yang di ingati yang bernama
Anwar Ibrahim
Hari. Raya Haji ini aku nak cerita tentang Pengorbanan..aku nak cerita insan yang sanggup korbankan Pangkat,kuasa ,Pencen dan elaun dia kerana memperjuangkan Nasib Rakyat dan mempertahankan kebenaran.. biar pun dilabel..dihina.. dikatakan pelbagai gelaran, ada yang kata Insan ini gila kuasa dan gila nak jadi Perdana menteri.. perjuangan pertama Insan ini bukan sahaja sanggup di penjara.. Insan ini sanggup kehilangan Elaun dan Pencen berpuluh tahun menjadi Menteri dan ahli parlimen.. Hilang nya pencen sebagai Menteri kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri.. Insan ini boleh saja mengikut jejak Kuli..Jejak Musa Hitam..jejak Muhyiddin yasin..Insan ini boleh selesa bersara dengan hasil jutaan ringgit dari anugerah pencen.. boleh dikurnia gelaran.. tetapi Insan ini memilih untuk hilang semua ini dan melakukan pengorbanan..
Akhirnya Insan ini dibebaskan dari penjara.. Bangun sekali lagi memimpin Pakatan Rakyat, di lantik sebagai ketua Pembangkang.. ketika diberi kata dua Regim Najib, ketika diakhir usia..Insan ini boleh sekali lagi memilih untuk selesa bersara dari politik.. tetapi Insan ini sekali lagi memilih penjara.. sekali lagi memilih kehilangan segala galanya.. kehilangan Pencen sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli parlimen...
Insan inilah bernama Anwar Ibrahim , Dia bukan seorang yang sempurna.. bukan Alim ilmu agamanya.. bukan seorang Ulama.. tetapi memiliki sifat " al Qawwiy dan Al-Amin " ... ketika aku menulis.. ketika kita bertakbir dan bertahmid menjelang pagi Eidul Adha.. Insan berusia hampir 70 tahun ini masih keseorangan berada di bilik kecil di Sungai Buluh.. dia masih di penjara.. Sempena waktu wukuf di Arafah ini, sekali lagi aku Doakan saudara Anwar akan di bebaskan dari penjara dan di angkat Darjatnya sepertimana Nabi Yusuf yang di zalimi dan terpenjara..
Amin ya Rabbal A'lamin...
Salam Eidul Adha..

Wednesday, September 23, 2015

Insan bernama Anwar Ibrahim. Akan ku kenang perjuangan mu

Dia korbankan usianya
Dia korbankan masa bersama anak cucunya
Dia korbankan pangkatnya
Dia korbankan jawatan dan pencennya
Dia korbankan jiwa dan raganya
Dia korbankan segalanya demi membela nasib rakyat.
Pengorbanan yang tiada henti dan tak pernah disesali selamanya akan aku ingati. Dimana kan ku cari ganti
Salam Aidil Adha saudara Anwar Ibrahim.
Yallah peliharalah kesihatannyakan ku kenang
Suka   Komen

Risalah Berfakta.....Yang wajib di baca oleh Rakyat Malaysia



























SURAT TERBUKA buat Najib Razak dari rakyat yang bergaji RM1500 sebulan.....Sebarkan

SURAT TERBUKA buat Najib Razak dari rakyat yang bergaji RM1500 sebulan.....Sebarkan




Ini adalah luahan isi hati seorang rakyat Malaysia yang kelihatannya mewakili aspirasi dan harapan majoriti rakyat Malaysia yang mana hanya mahukan realiti kehidupannya hari ini dan pada masa akan datang benar-benar merasai nikmat apa yang dipanggil tinggal di sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan di atas bumi yang bernama yang Malaysia ini..

Itu jikalau……jikalau negara diuruskan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Insyaallah..

Surat Terbuka Buat Najib Razak.

Assalamualaikum….

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak.

Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta.

Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu.

Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.

Malaysia Semakin Parah Di Bawah Najib Razak?

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan “tehtarik” di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung.

Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh “Saya boleh mandi…rumah saya ada air” (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh.

Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi.

Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Najib Tidak Pernah Rasa Perit Hidup Di Malaysia Dengan Gaji Kami RM1,500

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan “Islamik” tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan “SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU”.

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataan memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik.

Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran “Haiiippppp….babab kangg” dan kemudian sambung bersembang semula.

Orang Kaya Najib

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda.

Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan “Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan”.

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah prasarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.


Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau.

Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari?

Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik?

Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu?

Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama?

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat.

Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Beza Datuk Najib Bangsawan VS Kami Rakyat MarHaen

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan….secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah…

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.