Motivasi Maintainance adalah Jenis Motivasi yang Paling Banyak Dilakukan oleh Nabi Muhammad
Salah satu motivasi yang mesti dijalankan oleh ketua-ketua kerja adalah motivasi supaya orang-orang bawahan yang sekarang ini sudah sedia menjalankan kerja-kerjanya dengan baik dan betul terus bersemangat mengekalkan prestasinya yang bagus itu.
Motivasi jenis ini disebut sebagai 'maintainance motivation'. Di sini tujuan motivasi diberikan adalah bagi mendorong staf yang sudah sedia baik dan berprestasi tinggi supaya terus mengekalkan semangat kerja dan prestasinya itu.
Motivasi jenis ini adalah yang paling banyak dilakukan oleh Nabi Muhammad berdasarkan jumlah hadith psikologi yang tergolong dalam kategori ini adalah yang paling banyak. Dalam hadith-hadith itu terkandung prinsip, strategi dan teknik-teknik motivasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad.
Di tempat kerja, banyak berlaku situasi di mana ada staf yang melakukan kerja yang baik tetapi lama-lama dia berhenti melakukan kerja itu sebab semangat kerjanya jatuh.
Sebagai contoh, dalam perkhidmatan kerajaan, banyak staf yang baru masuk berkhidmat telah datang dengan semangat berkobar-kobar dan bekerja dengan penuh dedikasi, tetapi lama kelamaan semangat itu semakin pudar.
Faktor yang paling kerap disebut sebagai punca mereka tidak mahu terus menjalankan kerja-kerja mereka dengan semangat dedikasi dan pengorbanan yang tinggi adalah 'ketua bukan peduli'.
Orang bawahan adalah ibarat kereta yang perlu selalu diservis supaya enjinnya kekal beroperasi pada tahap optimum.
Di sinilah letaknya keperluan ketua-ketua belajar teknik-teknik motivasi yang betul bagi mendorong orang bawahan mereka yang sudah sedia baik supaya terus mengekalkan dedikasi mereka.
-----------
No comments:
Post a Comment