Cara Salah Mendorong Semangat Kerja Staff
Sama ada disedari ataupun tidak, sama ada mahu ataupun tidak, sama ada bersedia ataupun tidak, ditinjau dari sudut motivasi, ketua-ketua memainkan 2 peranan penting:
1. Ketua sebagai pendorong semangat kerja anak-anak buahnya.
2. Ketua sbagai pematah semangat kerja anak-anak buahnya.
Inilah salah satu fakror yang menyebabkan mengapa sesetengah staf mempunyai sikap dan tingkah laku yang sangat berbeza apabila bekerja dalam jabatan yang berlainan. Di satu jabatan dia adalah staf yang tinggi produktivitinya, manakala apabila dipindahkan ke jabatan lain produktivitinya rendah.
Mendorong semangat kerja adalah tugas hakiki seseorang ketua. Ketua-ketua tidak boleh memainkan peranan sebagai motivator kepada orang-orang bawahannya secara kebetulan sahaja.
Membiarkan setiap ketua supaya ikut pandai-pandai sendiri sahaja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendorong kepada stanya adalah sangat berisiko kepada prestasi organisasi. Mereka mungkin percaya apa yang mereka lakukan itu betul, walhal ia sangat salah.
Sebagai contoh, dalam amalan lazim sekarang, ketua-ketua memuji seorang ataupun beberapa orang staf yang sangat cemerlang secara terbuka di hadapan semua staf lain. Malah mereka diberi ganjaran dan diraikan dalam majlis yang diadakan khas. Cara seperti ini tidak digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong anak-anak buahnya.
Di sebalik majlis itu adalah sangkaan bahawa dengan memuji staf yang cemerlang makan tindakan dapat mendorong semua staf lain supaya mencontohinya.
Apa yang berlaku, majlis meraikan segelintir staf yang cemerlang itu mencipta kesan-kesan negatif:
1. Staf lain patah semangat kerja. Mereka berasa diri mereka, dan sumbangan mereka, telah tidak dinilai dengan adil.
2. Timbul sangkaan-sangkaan negatif terhadap sistem pemilihan staf cemerlang. Staf yang tidak menerima ganjaran percaya telah berlaku perkara-perkara yang tidak betul dalam proses penilaian.
3. Staf-staf lain tidak mahu lagi memberi kerjasama dan membantu kerja-kerja staf yang menerima ganjaran cemerlang itu.
Disediakan Oleh Lailee
No comments:
Post a Comment