Wednesday, September 26, 2012





Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?


Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".



Jika anda mengikuti 5 langkah ini, tidak diragukan lagi anda akan berjaya dalam apa yang anda lakukan.




Perkara pertama yang anda perlukan adalah memiliki keinginan yang kuat. Keinginan seperti api! Tidak seperti api kecil untuk mendapat kepanasan. Tidak, anda memerlukan keinginan yang kuat, anda harus benar-benar ingin memiliki apa yang anda inginkan!

Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, tetapi anda tidak mendapatkan sampai sekarang, keinginan anda tidak cukup kuat! Anda benar-benar harus merasai keinginan untuk memilikinya dalam tulang anda, daging anda, hati dan jiwa anda. Keinginan adalah titik permulaan, kerana tanpanya, tiada apa yang akan menjadi.

Sekarang anda perlu menetapkan matlamat. Mengapa? Untuk mengetahui ke mana hala tuju! Tanpa matlamat keinginan anda tidak akan membawa anda ke mana-mana dan anda hanya akan berbalik dalam lingkaran seperti seekor anjing yang berjalan mengekori ekornya sendiri.

Matlamat akan memberikan sebab, tujuan. Matlamat anda adalah arah tuju kepada keinginan anda. Jika anda dapat melihat dengan mata hati apa yang anda inginkan, anda akan memilikinya. Jika lebih jelas anda lihat, lebih terang gambaran dan bayangan anda, semakin besar kemungkinan anda akan mendapat apa yang anda inginkan!

Matlamat memberi anda kekuatan untuk bergerak. Matlamat menghasilkan gerak kerja yang diperlukan untuk membawa anda mencapai impian anda. Matlamat yang bagus adalah pernyataan dari apa yang anda inginkan, dengan cara yang positif jelas, padu dan dengan emosi (ingat api! Tanpa emosi, tanpa api, tiada hasil!).

Matlamat harus ditulis, untuk memberinya lebih kekuatan, dan harus dinyatakan pada saat ini. Tulis matlamat anda seolah-olah anda sudah mendapatkannya. Dan mula bertindak seolah-olah anda sudah berada di sana!

Di antara 5 langkah untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan, anda harus percaya pada diri sendiri. Anda benar-benar harus menyedari kenyataan bahawa anda layak untuk memiliki apa yang anda inginkan dan bahawa anda boleh mendapatkanya, bahawa anda mempunyai segala yang diperlukan untuk mencapai impian anda.

Ya, anda pasti boleh! Mungkin sekarang anda tidak tahu bagaimana untuk sampai ke matlamat anda, tapi percayalah bahawa anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana melakukannya dan bahawa anda akan dipandu dalam perjalanan anda secara kebetulan dan seiring sejalan.

Sebuah keinginan yang kuat, tujuan yang jelas, kepercayaan yang kuat pada diri sendiri, apa lagi yang perlu untuk membuat impian anda menjadi kenyataan? Berfikiran positif!

Mimpi yang paling indah, keinginan kuat dan tujuan yang jelas tidak akan membawa anda ke mana-mana jika anda menghancurkan diri anda dengan kepercayaan negatif. Jika anda mempunyai perangai buruk ini, sentiasa memikirkan perkara yang buruk dari melihat sesuatu secara baik, cara pemikiran ini akan menjadikan anda apa yang anda fikirkan: takut, buruk.

Cara pemikiran positif mengangkat anda sampai ke tahap alam semesta dan penciptaan alam semesta akan bersekongkol dengan anda untuk memberikan anda apa yang anda inginkan.

Konsistensi. Ya, mudah untuk memulakan sesuatu. Sangat mudah untuk berhenti. Tapi semua itu memerlukan konsistensi untuk anda tetap berada di jalan anda menuju matlamat.

Adakah anda pernah merasakan kebebasan luar biasa setelah bertahun-tahun mempraktikkan hal yang sama, anda menjadi pakar dalam sesuatu? Anda boleh menjawab semua soalan pejam mata sahaja dan menghasilkan apa sahaja keputusan yang anda inginkan? Anda sudah menjadi pakar sekarang kerana anda melakukan hal yang sama beratus-ratus kali, lagi dan lagi. Dan sekarang anda tahu apa itu kebebasan!

Konsistensi, tidak mengalah, sentiasa ke arah matlamat yang sama, akhirnya ini akan memberi anda kebebasan yang mutlak. Mengapa? Kerana anda tidak perlu berfikir dan tercari-cari lagi. Ia sudah menjadi kebiasaan dan anda bebas berfikir untuk mempelajari hal-hal baru yang lebih mencabar.

Tetapkan diri anda pada jalan menuju matlamat anda, pastikan terus menerus, setiap langkah akan membawa anda kepada lebih kebebasan, kebahagiaan dan anda akan menguasai hidup anda!

Ini adalah 5 langkah penting untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan.

 cara berjaya dalam kerjaya





Adakah pernah sebelum ini kita berfikir kenapa orang yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menjadi kaya, manakala setengah yang lain pula tidak berubah malah terus merosot dan menjadi semakin miskin?

Bagi yang berjaya, kita ingin mengetahui apakah faktor2 yang menyebabkan mereka ini telah berjaya?

Apa yang sebenarnya menjadikan motivasi kepada diri mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain?
Kalau diperhatikan, orang yang berjaya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu. Salah satu dari ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka ini merupakan pengurus masa yang baik.
Mereka menghabiskan masa di pejabat secara efisyen kerana mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka hanya untuk bekerja. Mereka mencintai apa yang mereka lakukan.
Lazimnya lebih tinggi pangkat seseorang pekerja, maka lebih lamalah dia bekerja, ada sesetengahnya sehingga 60 jam seminggu berbanding 48 jam bagi pekerja biasa. Ada yang memulakan kerja pada awal pagi dan ada pula sesetengahnya memulakan kerja selepas sahaja sembahyang subuh. Mereka menggunakan jam untuk mengawal waktu bekerja.
Mereka hanya memerlukan waktu tidur yang singkat berbanding orang biasa yang memerlukan 8 jam. Walaupun masa tidur yang pendek, ia tidak menjejaskan kesihatan kerana mereka sihat dan bersemangat.
Ciri lain bagi orang bijak mengurus masa termasuklah sikap yang positif, berkeupayaan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang berkepentingan tinggi bukan perkara yang remeh-temeh.


Tetapi terdapat beberapa halangan yang sentiasa mengganggu keberkesanan bekerja termasuklah gangguan sosialisasi, mesyuarat yang boleh dielakkan dan mengutamakan kerja2 yang kurang kepentingannya.

Bagi seseorang eksekutif yang bijak, mereka tahu bagaimana hendak menggunakan masa dengan berkesan. Mereka hanya melakukan sesuatu yang produktif dan memberi perhatian kepada aktiviti yang mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tinggi.
Mereka juga akan memastikan semua rancangan berjalan dengan lancar dan orang bawahan menjalankan tugas penuh efisyen. Mereka juga menggalakkan orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan cara tersendiri asalkan hasil yang dikehendaki tercapai. Mengurus masa dengan baik dalam waktu santai turut menjadi ciri penting eksekutif berjaya.
Mereka yang berjaya memilih sukan seperti golf, jogging dan tenis dan tidak kurang juga yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca. Mereka yang banyak menggunakan masa untuk menulis pada waktu yang sama untuk mengurus syarikat akan membahagikan masa tertentu untuk kedua-dua tujuan tersebut.


Menurut Peter Drucker dalam bukunya ‘working Smart’, orang yang berjaya akan bertanya kepada diri mereka apakah yang diharapkan oleh orang lain darinya daripada memikirkan teknik atau cara untuk kakitangan menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

Mereka membina kekuatan diri, begitu juga dengan kekuatan orang2 yang bekerja di sekeliling mereka. Apabila berlaku sebarang masalah kakitangan atau ketidakcekapan. Mereka lebih memberi fokus kepada peluang yang dicetuskan dan bukan menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai masalah mereka.
Dengan memberi fokus kepada sesuatu yang utama bermakna mencari keadaan paling baik untuk menghasilkan produktiviti secara optimum. Susun dan pegang keutamaan2 itu dengan melakukan perkara yang utama dulu supaya kita mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada tugasan lain.

Dengan cara ini adalah mudah untuk kita memberi masa yang bekualiti kepada sesuatu projek yang sedang kita laksanakan. Membuat keputusan yang berkesan juga merupakan satu lagi ciri yang penting.
Pengurus yang berjaya boleh membuat keputusan dengan cepat dan berpegang kepadanya. Jika tersalah membuat keputusan, mereka belajar daripada kesilapan itu dan tidak membuang masa untuk membincangkan hal tersebut.

Ciri pengurusan yang berjaya

Mengawal Kegagalan; UNTUK membina semangat kejayaan, adalah penting untuk kita menawan rasa takut kepada segala jenis kegagalan walaupun ianya hanya merupakan kegagalan yang kecil. Dengan berfikiran ‘mahukah mereka menerima idea saya’, merupakan seusatu yang hanya membuang masa. Lebih baik jika masa itu digunakan untuk memperbaiki idea tersebut.
Mengekalkan kedamaian fikiran dan sentiasa terurus; URUSKAN tugasan harian dengan teratur berpandukan senarai tugasan yang hendak kita laksanakan. Jika kita mempunyai pembantu, biarlah pembantu kita menguruskan kerja2 harian seperti membuka surat atau membuat panggilan telefon.
Tidak digalakkan mesyuarat; RAMAI eksekutif tidak gemar bermesyuarat kerana ia mengambil masa yang panjang. Gunakan telefon, emel atau bertemu secara tidak formal dengan orang bawahan atau kakitangan jika ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Tuesday, September 25, 2012


Bagaimana Nabi Muhammad Mendorong Semangat Kerja Anak Buahnya


Anak-anak buah Nabi Muhammad mempunyai semangat kerja yang sangat tinggi.

+  Mereka taat melaksanakan tanggungjawab, tugas dan kerja-kerja hakiki dengan ikhlas dan sepenuh jiwa, seperti solat, berpuasa dan membayar zakat.

+  Mereka taat melakukan tanggungjawab dan tugas yang diarahkan dari waktu ke waktu, seperti pergi berperang, menghantar surat kepada raja-raja di luar negara dll.

+  Mereka mempunyai inisiatif melakukan kerja-kerja secara sukarela untuk ketua tanpa diarahkan ataupun disuruh, seperti dalam hadith 'Tolong Saya dengan Bersujud'.

Hadith ini menunjukkan prinsip, strategi dan teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong anak buahnya supaya berusaha lebih kuat bagi mencapai cita-citanya.

Dalam hadith ini, Rabi'ah bin Ka'ab sangat mengasihi ketuanya, yakni Nabi Muhammad. Dia sanggup mengambil inisiatif melakukan kerja-kerja sukarela untuk beliau, tanpa mengharapkan sebarang balasan dari ketuanya.

Kita dapat andaikan Rabi'ah melakukan kerja-kerja itu dengan hati yang ikhlas dan semata-mata didorong oleh kemahuan mencari redha Allah Ta'ala.

Nabi Muhammad menunjukkan prinsip motivasi kerja yang amat jelas. Sebagai ketua, apabila anak buahnya melakukan kerja yang ikhlas demi mendapatkan redha Allah sekalipun, sebagai ketua Nabi Muhammad tetap memberi upah.

Prinsip dan strategi Nabi Muhammad memberi upah kepada anak buahnya yang melakukan kerja sukarela:

1. Apabila anak buahnya melakukan kerja-kerja secara sukarela, Nabi Muhammad membalas dengan memberi ganjaran atau 'upah'.

2. Upah itu ditawarkan serta-merta, yakni tidak ditangguh-tangguhkan.

3. Upah yang ditawarkan itu adalah upah yang beliau sebagai ketua mempunyai kuasa memberikannya.

4. Nabi Muhammad memberi tawaran terbuka dengan berkata: 'Mintalah apa yang saudara mahu.'

5. Apabila anak buahnya meminta sesuatu yang mudah diberikan, Nabi Muhammad membuka satu lagi tawaran terbuka dengan berkata: 'Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?'

6. Nabi Muhammad mendorong anak buahnya supaya melakukan lebih banyak kerja supaya dengan itu beliau dapat dengan lebih mudah memberikan upah yang diingini oleh anak buahnya. Dalam kes ini Nabi Muhammad mendorong Rabi'ah supaya membanyakkan bersolat dengan berkata: 'Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.'

Hadith 'Tolong Saya dengan Bersujud'
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Rabi'ah bin Ka'ab melaporkan, katanya: "Saya pernah tidur malam bersama dengan Rasulullah. Maka saya sediakan air untuk berwuduk dan keperluan lain untuk beliau. Lalu Rasulullah berkata kepada saya, 'Mintalah apa yang saudara mahu.' Saya menjawab, 'Saya mahu mendampingi tuan di syurga nanti, wahai Rasul Allah!' Rasulullah berkata lagi, 'Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?' Aku menjawab, 'Itu sahaja yang saya mahu.' Lalu Rasulullah berkata, 'Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.'" -- Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik oleh Imam Muslim
 

Motivasi Maintainance adalah Jenis Motivasi yang Paling Banyak Dilakukan oleh Nabi Muhammad


Salah satu motivasi yang mesti dijalankan oleh ketua-ketua kerja adalah motivasi supaya orang-orang bawahan yang sekarang ini sudah sedia menjalankan kerja-kerjanya dengan baik dan betul terus bersemangat mengekalkan prestasinya yang bagus itu.

Motivasi jenis ini disebut sebagai 'maintainance motivation'. Di sini tujuan motivasi diberikan adalah bagi mendorong staf yang sudah sedia baik dan berprestasi tinggi supaya terus mengekalkan semangat kerja dan prestasinya itu.

Motivasi jenis ini adalah yang paling banyak dilakukan oleh Nabi Muhammad berdasarkan jumlah hadith psikologi yang tergolong dalam kategori ini adalah yang paling banyak. Dalam hadith-hadith itu terkandung prinsip, strategi dan teknik-teknik motivasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad.

Di tempat kerja, banyak berlaku situasi di mana ada staf yang melakukan kerja yang baik tetapi lama-lama dia berhenti melakukan kerja itu sebab semangat kerjanya jatuh.

Sebagai contoh, dalam perkhidmatan kerajaan, banyak staf yang baru masuk berkhidmat telah datang dengan semangat berkobar-kobar dan bekerja dengan penuh dedikasi, tetapi lama kelamaan semangat itu semakin pudar.

Faktor yang paling kerap disebut sebagai punca mereka tidak mahu terus menjalankan kerja-kerja mereka dengan semangat dedikasi dan pengorbanan yang tinggi adalah 'ketua bukan peduli'.

Orang bawahan adalah ibarat kereta yang perlu selalu diservis supaya enjinnya kekal beroperasi pada tahap optimum.

Di sinilah letaknya keperluan ketua-ketua belajar teknik-teknik motivasi yang betul bagi mendorong orang bawahan mereka yang sudah sedia baik supaya terus mengekalkan dedikasi mereka.

-----------

Kejayaan Nabi Muhammad Sebagai Motivator


Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan nilai, sikap dan tingkah laku. Sepanjang hidupnya, beliau dapat mengubah nilai, sikap dan tingkah laku golongan seperti di bawah:

+  Mereka yang memusuhi beliau menjadi sahabat dan pembelanya.

+  Mereka yang berseteru menjadi bersahabat.

+  Mereka yang bakhil dan tamak menjadi amat pemurah.

+  Mereka yang jahil menjadi ilmuwan.

+  Mereka yang pemalas beribadat menjadi rajin beribadat.

+  Mereka yang pendendam menjadi pemaaf.

+  Mereka yang keras hati menjadi pelembut.

+  Mereka yang penakut menjadi pemberani.

+  Mereka yang sombong dan angkuh menjadi perendah diri.

+  Mereka yang suka melakukan maksiat berhenti melakukannya.

Bagi mendorong perubahan nilai, sikap dan tingkah laku daripada yang buruk kepada yang baik, Nabi Muhammad menggunakan serampang tiga mata, yakni:

+  Prinsip-prinsip yang simple

+  Strategi yang efektif

+  Teknik-teknik yang mudah


Cara Salah Mendorong Semangat Kerja Staff


Sama ada disedari ataupun tidak, sama ada mahu ataupun tidak, sama ada bersedia ataupun tidak, ditinjau dari sudut motivasi, ketua-ketua memainkan 2 peranan penting:

1. Ketua sebagai pendorong semangat kerja anak-anak buahnya.

2. Ketua sbagai pematah semangat kerja anak-anak buahnya.

Inilah salah satu fakror yang menyebabkan mengapa sesetengah staf mempunyai sikap dan tingkah laku yang sangat berbeza apabila bekerja dalam jabatan yang berlainan. Di satu jabatan dia adalah staf yang tinggi produktivitinya, manakala apabila dipindahkan ke jabatan lain produktivitinya rendah.

Mendorong semangat kerja adalah tugas hakiki seseorang ketua. Ketua-ketua tidak boleh memainkan peranan sebagai motivator kepada orang-orang bawahannya secara kebetulan sahaja.

Membiarkan setiap ketua supaya ikut pandai-pandai sendiri sahaja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendorong kepada stanya adalah sangat berisiko kepada prestasi organisasi. Mereka mungkin percaya apa yang mereka lakukan itu betul, walhal ia sangat salah.

Sebagai contoh, dalam amalan lazim sekarang, ketua-ketua memuji seorang ataupun beberapa orang staf yang sangat cemerlang secara terbuka di hadapan semua staf lain. Malah mereka diberi ganjaran dan diraikan dalam majlis yang diadakan khas. Cara seperti ini tidak digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong anak-anak buahnya.

Di sebalik majlis itu adalah sangkaan bahawa dengan memuji staf yang cemerlang makan tindakan dapat mendorong semua staf lain supaya mencontohinya.

Apa yang berlaku, majlis meraikan segelintir staf yang cemerlang itu mencipta kesan-kesan negatif:

1. Staf lain patah semangat kerja. Mereka berasa diri mereka, dan sumbangan mereka, telah tidak dinilai dengan adil.

2. Timbul sangkaan-sangkaan negatif terhadap sistem pemilihan staf cemerlang. Staf yang tidak menerima ganjaran percaya telah berlaku perkara-perkara yang tidak betul dalam proses penilaian.

3. Staf-staf lain tidak mahu lagi memberi kerjasama dan membantu kerja-kerja staf yang menerima ganjaran cemerlang itu.

Disediakan Oleh Lailee