Petronas hari ini melaporkan keuntungannya jatuh 91 peratus pada suku ketiga akibat harga minyak mentah dunia yang lemah.
Reuters melaporkan Petronas membuat keuntungan bersih sebanyak RM1.4 bilion pada bulan Julai-September berbanding RM15.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ia adalah suku ketiga berturut-turut keuntungan bagi Petronas tahun ini terus merudum.
Perolehan bagi suku itu jatuh sebanyak 25 peratus kepada RM60.1 bilion daripada RM80.4 bilion setahun lalu, kata syarikat itu pada taklimat pendapatannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, syarikat telah menjangka kemerosotan keuntungan itu berdasarkan paras harga minyak yang rendah sepanjang tahun ini.
Katanya, Petronas masih tidak perlu melaksanakan langkah pembuangan pekerja berikutan kemerosotan prestasi kewangan berkenaan.
Wan Zulkiflee juga berkata, berdasarkan harga minyak dunia yang rendah sepanjang tahun ini, syarikatnya hanya akan membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM16 bilion untuk 2016, berbanding RM26 bilion yang dibayar tahun ini.
No comments:
Post a Comment