Thursday, November 26, 2015

Obama & TPPA Membawa Maslahah Pada Negara?

Obama & TPPA Membawa Maslahah Pada Negara?

obama lawat malaysia november
Soalan:
Salam, apa pendapat tentang kehadiran Obama dan isu TPPA? Ada sebahagian orang kita yang menyokongnya atas asas kemaslahatan negara.
Jawapan:
Kita sama sekali tidak perlukan Obama atau mana-mana pengganas dan kuasa asing untuk memberi solusi pada kita. Kita sudah punya solusi tersendiri.
Firman Allah s.w.t :
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصارى أَوْلِياءَ. بَعْضُهُمْ أَوْلِياءُ بَعْضٍ. وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai wali (wala’ kepadanya), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain,dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya (wala’), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu” (Al-Maidah : 51)
Orang kafir sesekali tidak akan meredhai kita. Kita jangan terlalu naif dan mudah diperdaya oleh mereka. Mereka sentiasa bersatu untuk menyerang Islam (الكفر ملة واحدة). Sejarah telah membuktikan kekejaman mereka terhadap umat Islam tapi mereka ‘bijak’ menutup kesalahan mereka dengan menjadi hero mempromosi Hak Asasi Manusia, kononnya memperjuang keadilan dunia, mempromosi TPPA kononnya membuka kebebasan ekonomi, tapi hakikatnya ia hanyalah helah untuk memonopoli.
❗️Jangan kita pandang dunia ini baru bermula semalam.
Jangan lupa merekalah yang telah mencetuskan perang salib ke umat Islam selama 200 tahun.
Merekalah yang telah berlaku kejam terhadap umat Islam di Spain satu ketika dahulu.
Merekalah yang telah menyeksa dan menghalau umat Islam dari Palestin dan mengisi tanah suci itu dengan yahudi laknatullah.
Mereka lah yang menyerang dan membunuh umat Islam di Burma, Bosnia, Kosovo, Afrika Tengah, Syria, Mesir, Filifina, bahkan Malaysia satu ketika dahulu dengan pelbagai bentuk.
Hari ini, merekalah yang mencipta dan memberi dana kepada pihak yang didakwa pejuang Islam tapi sebenarnya untuk memburukkan nama Islam dan jihad itu sendiri dan terus membaham negara-negara Islam seperti Myanmar, Iraq, Syria, Turkmenistan dan banyak lagi.
Sangat malang bilamana orang Islam sendiri yang menjadi kakitangan dan boneka mereka untuk menghancurkan Islam di negara sendiri.
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا
“…Mereka tidak berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup…” (Al-Baqarah : 217)
Adakah pernah kita saksikan dalam sejarah agung Islam, Rasulullah dan keempat-empat khalifah selepas itu yang mentadbir negara dengan kejam, sektarian, zalim?
Tidak sama sekali.
Yang kita jumpa dalam sejarah adalah kezaliman yang dahsyat berlaku dalam pemerintahan mereka yang tidak tunduk kepada sistem Islam !
“kebaikan” mereka di Malaysia hanyalah umpan untuk memancing Umat Islam di sini supaya menyokongnya.
Islam sentiasa mempromosi kebebasan. Sebab itu hukum harus dalam fiqh jauh lebih banyak daripada hukum haram malah menjadi hukum asal bagi setiap perkara selain ibadat sehingga keluar satu kaedah yang amat masyhur;
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Bermaksud: “Pada asalnya, hukum bagi sesuatu benda itu adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan akan keharamannya.” (Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, As-Suyuti, m/s 60.)
Ya, kita tidak perlukan Obama atau mana-mana kuasa asing untuk memberi solusi pada kita. Kita sendiri sudah punya solusi malah sejarah kita menjadi saksi akan kebenaran solusi ini.
Penulis: Ustaz Ahmad Khairuddin, Ahli Majlis Ulama Isma
Sumber: https://telegram.me/siyasahmuamalat
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, dan juga tidak mewakili pandangan rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Perang Dunia Ketiga boleh berlaku selepas jet Russia ditembak

Perang Dunia Ketiga boleh berlaku selepas jet Russia ditembak

b6df9ca0-e102-4857-aa62-0f5f219f501c
AMERIKA SYARIKAT, Rabu – Sebuah negara dalam Pertubuhan Perjanjian Utara Atlantik (NATO) tidak lama lagi akan menggunakan Perkara Lima daripada perjanjian tersebut yang akan membawa kepada Perang Dunia Ketiga, demikian menurut seorang pengulas konservatif radio dan televisyen Amerika Syarikat, Glenn Beck.
Glenn Beck membuat kenyataan itu pada pagi Selasa dalam siaran radionya di tengah kekecohan Turki menembak jatuh jet perang Russia dan juga serangan keganasan di Paris.
“Jika ada sesiapa yang mula bercakap tentang Perkara [Lima], ianya adalah perkara dalam perikatan NATO yang mampu membawa kita semua kepada peperangan,” katanya, merujuk kepada Perkara Lima yang menyatakan bahawa “serangan ke atas satu negara sekutu boleh dianggap sebagai serangan kepada semua sekutu.”
Semalam, ahli NATO, Turki menembak jatuh sebuah jet pejuang Russia, mendakwa pesawat itu berulang kali menceroboh ruang udaranya.
Presiden Russia, Vladimir Putin berkata jet itu diserang ketika ini berada 1 kilometer dalam Syria.
Beliau memberi amaran mengenai akibat yang serius daripada insiden ini dan menggelarnya sebagai “tikam belakang” yang ditadbir oleh pengganas.
Russia telah menjalankan serangan udara ke atas penempatan Daesh (ISIL) atas permintaan kerajaan Syria sejak 30 September.
Pengganas ISIS, yang pada mulanya dilatih oleh CIA di Jordan pada tahun 2012 untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Syria, mengaku bertanggungjawab atas serangan maut di Perancis. Mereka kini mengawal sebahagian Syria dan Iraq.
Walau bagaimanapun, sesetengah penganalisis bebas Amerika mengatakan Amerika Syarikat dan NATO sebenarnya merancang serangan Paris sebagai “false flag” untuk mengatasi Russia dalam perang di Syria yang sedang menjalankan serangan udara di Syria menentang pengganas ISIS sejak 30 September.
Menurut pegawai Amerika Syarikat, jet pejuang Russia juga telah menyerang militan latihan CIA ini yang menentang kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.
“Ini adalah serangan ‘false flag’.
“Ia tidak berkhidmat untuk ISIS, tapi ia berkhidmat untuk pertubuhan politik Barat,” kata Roberts, seorang bekas pembantu setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat. – Agensi

Ekonomi Malaysia Terkini : Ringgit Turun Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik. Sentimen Pengguna Hari Ini?

Ekonomi Malaysia Terkini : Ringgit Turun Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik. Sentimen Pengguna Hari Ini?

25
Ekonomi Malaysia Terkini : Ringgit Turun Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik. Sentimen Pengguna Hari Ini?
Pejam celik, pejam celik negara Malaysia sudah pun menginjak ke suku keempat 2015 yang tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya.
Sekejap rasanya masa berlalu, tetapi terasa lama apabial berhadapan dengan gelombang kos sara hidup hari ini lebih-lebih di tengah-tengah terasa “perit and terik panas”.
Sehingga masing-masing terus tercari-cari dan terkejar-kejar tempat berteduh. Hakikatnya ekonomi Malaysia hari ini mencatatkan tempoh suram. Ya…benar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2015 ini berada di paras sekitar 5 peratus. Tetapi apa yang rakyat Malaysia dapat dengan angka tersebut?

Perkembangan Ekonomi Malaysia Hari ini?

Berita terkini yang Berita Semasa terima melibatkan perkembangan ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan beberap data yang baru sahaja dikeluarkan. Antaranya ialah :
  1. Eksport Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Terima kasih kepada kelemahan dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun lonjakan eksport Malaysia meningkat hanya kerana dipacu oleh Industri Elektrik dan elelektronik, sedangkan hakikatnya industri petroleum, sawit dan gas terus jatuh. Semuanya dek kerana permintaan yang lemah
  2. Eksport naik, import pula bagaimana? Sukacita dimaklumkan Import Malaysia juga meningkat? Adakah kenaikan import Malaysia ini disebabkan faktor ringgit Malaysia jatuh? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Encik Nurhisham Hussein yang merupakan Ketua Ekonomi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, beliau ada mengatakan kenaikan import Malaysia naik adalah disebabkan permintaan dalam negara yang turut sama melonjak.
  3. Inflasi Malaysia naik semuanya gara-gara pelaksanaan GST. Dibandingkan data yang boleh anda rujuk pada gambar-gambar data yang dikongsiakn di bawah ini, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan menteri termasuklah menteri yang bernama ………..
  4. Nilai Ringgit Malaysia hanya dapat berehat seketika sambil mengambil nafasnya, sebelum meneruskan pecutan dan lonjakan seperti yang kita lihat nilai ringgit Malaysia terkini. Semuanya gara-gara dengan berita besar kemungkinan Federal Reserve akan mengumumkan kenaikan kadar faedah meraka naik pada Disember 2015. Mungkin…..
  5. Hakikatnya, merujuk kepada gambar data di bawah, nilai ringgit Malaysia hari ini dibandingkan dolar Amerika adalah paling buruk dalam kalangan negara Asia
  6. Kadar pengangguran di Malaysia yang terkini sehingga Julai 2015 adalah sekitar 3.2 peratus. Walaubagaimanapun, melihatkan data Julai 2014 dengan Jun 2015 kadar rakyat Malaysia yang terpaksa diberhentikan kerja telah melonjak kepada paras 36.2 peratus. Bagaimana pula sekarang? Hari ini?
  7. Dan berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), indeks sentimen pengguna seperti anda, anda di sini telah jatuh kepada paras 70.2. Semuanya gara-gara perbelanjaan boleh guna rakyat malaysia semakin melemah.
P/S : Penganalisis ekonomi menjangkakan tahun 2016, adalah tahun yang lebih mencabar bagi ekonomi Malaysia sekaligus impaknya akan terkesan kepada anda semua. Rancanglah kewangan anda bermula hari ini walaupun tiada yang pedulikan anda.
PP/S : Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan rekod dan data yang boleh anda semak berdasarkan gambar-gambar di bawah ini termasuklah trend sentimen pengguna yang terburuk semenjak….
perkembangan 8

Siapa Charles Suresh Morais?

Sehingga petang semalam, mungkin hanya mereka di kalangan perniagaan yang mengenali Charles Suresh Morais, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.
Tetapi selepas beliau mendedahkan akuan sumpah berkanun (SD) berhubung kematian abangnya, nama tokoh perniagaan yang berkecimpung dalam industri perhotelan itu menjadi sebutan.
Charles mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang dikatakan sedang mengendalikan kertas pertuduhan ke atas perdana menteri dan isterinya.
Tokoh perniagaan yang berpangkalan di Altanta itu juga mendakwa memiliki sebuah pen drive berhubung kes yang dikendalikan abangnya.
Charles mendakwa pen drive itu kini selamat dengan seseorang di Amerika Syarikat, yang telah diberi arahan untuk mendedahkan kandungan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya.
Tinjauan Malaysiakini mendedahkan bahawa Charles adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kronos Hotels and Resorts. Beliau mula membeli hotel-hotel di Amerika Syarikat sejak 1999.
Pada tahun 2007, Bernama melaporkan bahawa rangkaian hotel Charles yang berpangkalan di Atlanta pada Jun 2006, membeli portfolio 16 hotel dengan 3,100 bilik.
Rangkaian itu memiliki 26 hotel di bawah jenamanya dan pada tahun yang sama mengumumkan rancangan untuk mengambil alih 12 lagi hotel di luar Amerika Syarikat termasuk dua hotel di Malaysia.
Antara hotel di bawah rangkaian Kronos termasuk Crowne Plaza, Holiday Inn, Wyndham Hotels and Resorts and Choice Hotels International.
Perintah ekstradisi
Walau bagaimanapun, ia dilanda masalah kewangan pada tahun 2008.
Satu laporan oleh akhbar St Louis Post pada tahun 2008 menyatakan Morais ditangkap oleh polis pada bulan Ogos dan menghadapi perintah ekstradisi ke Arkansas kerana penipuan berhubung ‘cek tendang’.
Sebulan kemudian, perbicaraan ekstradisi diadakan dan menurut pejabat sheriff, beliau berjaya menyelesaikan dakwaan itu dengan pejabat peguam negara Pope County.
Di seluruh Amerika Syarikat, beberapa hotel Kronos menghadapi pelbagai tuduhan daripada kerajaan tempatan kerana tidak membayar cukai bilik tidur dan berhubung cek gaji pekerja yang ‘tendang’.
Tiga tahun kemudian, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Charles telah kehilangan 11 hartanahnya kerana kegagalan membuat pembayaran.
Pejabat Peguam Negara Pennsylvania juga memfailkan tuduhan jenayah terhadapnya dan pemilik bersama Sunil Mir dengan masing-masing menghadapi 26 pertuduhan yang dikaitkan dengan dakwaan gagal melunaskan bayaran cukai jualan bernilai AS$310,849 dan cukai pegangan sebanyak AS$37,020.
WSJ juga melaporkan bahawa kedua-duanya hampir kehilangan JFK Plaza Hotel yang dianggap sebagai permata dalam rangkaian empayar hotel mereka.
Malaysiakini telah menghubungi Morais dan sedang menunggu jawapan beliau berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya mendakwa bahawa masalah kewangan dan tindakan undang-undang terhadapnya telah lalu.
"Kebankrapan adalah pada 2008 selepas krisis kewangan (subprime mortgage) seperti yang dihadapi setiap ahli perniagaan lain. Tetapi dia (berjaya) bangkit semula. Dia kembali ke dunia perniagaan dan sedang melakukannya dengan baik.
"Buat masa ini, dia sedang berunding bagi pembelian enam buah hotel di Malaysia,” katanya.
Menurut semakan dengan Public Access to Court Electronic Records (Pacer) di Amerika Syarikat, kes-kes yang disebut dalam laporan sebelum ini juga tidak lagi aktif.

Saturday, November 21, 2015

AKUAN BERKANUN

AKUAN  BERKANUN
    Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya  berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1.    Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2.    Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3.    Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4.    Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5.    Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.  Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.  Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6.    Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7.    DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8.    Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9.    Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10.    Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya  berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11.    Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.  Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12.    Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13.    Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.  Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14.    Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15.    Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16.    Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17.    Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan  sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18.    Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32  buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19.    Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a)         SOH KING SIANG;
(b)         LIM CHIN CHAI; dan
(c)         LEE YOKE HAN.
20.    Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21.    Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22.    Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23.    Pada 30.03.2007,  saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a)     CHAI NGEW;
(b)     CHIN YEW FAH; dan
(c)     TAN LEE POEY
24.    Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.  Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25.    Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26.    Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian  Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik  saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR            )
SESUNGGUHNYA oleh  MIOR FAHIM BIN     )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur    )
pada                  haribulan                       2007        )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

Monday, November 16, 2015

KISAH SEEKOR SEMUT DGN MADU.

KISAH SEEKOR SEMUT DGN MADU.
Di Ceritakan Setitis Madu Jatuh di Atas Tanah. Datanglah seekor semut kecil, perlahan-lahan dirasainya madu tersebut.
Hmmm... manis.
Lalu dia beredar hendak pergi.
Namun rasa manis madu sudah terlanjur memikat hatinya. Dia pun kembali untuk merasainya lagi, sedikit saja. Setelah itu barulah dia akan pergi.
Namun, ternyata dia merasa tidak puas hanya merasai madu dari pinggir titisannya.
Dia fikir, kenapa tidak sekalian saja masuk dan menceburkan diri agar boleh menikmati manisnya, lagi dan lagi.
Maka masuklah sang semut, tepat di tengah titisan madu tersebut.
Ternyata?? Badan kecilnya malah tenggelam penuh madu, kakinya melekepit dengan tanah.
Dan...
Tentu saja tak boleh bergerak.
Malang si kecil, dia terus seperti itu hingga akhir hayatnya. Mati dalam takungan setitis madu.
🌏Demikianlah analogi sederhana tentang dunia dan pecinta dunia, sebagaimana diperumpamakan dalam sebuah pepatah Arab :
ﻣﺎ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺇﻻ ﻗﻄﺮﺓ ﻋﺴﻞ ﻛﺒﻴﺮﺓ
ﻓﻤﻦ ﺍﻛﺘﻔﻰ ﺑﺎﺭﺗﺸﺎﻑ ﺍﻟﻘﻠﻴﻞ ﻣﻦ
ﻋﺴﻠﻬﺎ ﻧﺠﺎ
ﻭﻣﻦ ﻏﺮﻕ ﻓﻲ ﺑﺤﺮ ﻋﺴﻠﻬﺎ
"Hakikat apa-apa dari kenikmatan dunia🌍🌎 melainkan bagai setitis besar dari madu.
Maka siapa yang hanya merasainya sedikit, ia akan selamat.
Namun siapa yang menceburkan diri ke dalamnya, ia akan binasa."

Saturday, November 14, 2015

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut


Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.
Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.
Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!

Wednesday, November 11, 2015

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.
Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.
Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.
Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.
“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.
Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.
Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.
Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.
Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya.

Untung suku ketiga Petronas jatuh 91 peratus

Petronas hari ini melaporkan keuntungannya jatuh 91 peratus pada suku ketiga akibat harga minyak mentah dunia yang lemah.
Reuters melaporkan Petronas membuat keuntungan bersih sebanyak RM1.4 bilion pada bulan Julai-September berbanding RM15.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ia adalah suku ketiga berturut-turut keuntungan bagi Petronas tahun ini terus merudum.
Perolehan bagi suku itu jatuh sebanyak 25 peratus kepada RM60.1 bilion daripada RM80.4 bilion setahun lalu, kata syarikat itu pada taklimat pendapatannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, syarikat telah menjangka kemerosotan keuntungan itu berdasarkan paras harga minyak yang rendah sepanjang tahun ini.
Katanya, Petronas masih tidak perlu melaksanakan langkah pembuangan pekerja berikutan kemerosotan prestasi kewangan berkenaan.
Wan Zulkiflee juga berkata, berdasarkan harga minyak dunia yang rendah sepanjang tahun ini, syarikatnya hanya akan membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM16 bilion untuk 2016, berbanding RM26 bilion yang dibayar tahun ini.

Wednesday, November 4, 2015

Isu GST, MP BN Takut Hujah Berdepan.. Ini Buktinya

Isu GST, MP BN Takut Hujah Berdepan.. Ini Buktinya

Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih tinggi berbanding kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan, dibidas anggota Parlimen kerajaan yang menyifatkan Anggota Parlimen Pandan itu sengaja memutar belit fakta untuk menghasut rakyat.

Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang tegas menolak dakwaan itu menyifatkan pengiraan Rafizi 'tidak logik' mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat 'orang biasa'.

"Bagi saya, orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.

"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Nawawi berkata perkiraan Rafizi itu jelas tidak tepat kerana mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.

"Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan... tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100% daripada sumber gaji bulanan," katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.

Peralihan cukai itu juga akan menyebabkan rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan bagi tahun depan, dakwa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Perkara itu turut disentuh Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang menyifatkan dakwaan Rafizi itu satu lagi penipuan dan perkiraan yang tidak waras.

"Ini lagi satu penipuan. Kalau seseorang belanja RM316 sehari bolehlah kerajaan kutip RM19 sehari, tapi adakah ini satu perkiraan yang waras?

"Rata-rata pendapatan golongan B40 tidak sampai RM3,000... maknanya ini satu lagi kaedah putar belit dan kenyataan menghasut rakyat," katanya yang membahaskan rang udang-undang sama. 

Putar belit pembangkang dalam isu GST turut menarik perhatian Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang menyelar sikap lantang mereka menolak GST, sedangkan cukai itu membantu meningkatkan pendapatan negara, terutama ketika keadaan harga komoditi yang kini jatuh.

Noh turut mencadangkan kerajaan mewujudkan kluster atau kumpulan rakyat mendapat pengecualian GST terdiri daripada beberapa kategori seperti kumpulan pelajar, senarai penerima E-Kasih, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Tidak dapat dinafikan sudah beribu barang yang disenaraikan sebagai 'zero' GST termasuk semua jenis ubat penyakit tidak berjangkit seperti yang  diumumkan dalam Bajet 2016. Kerajaan mungkin memikirkan rakyat yang tidak berkemampuan hanya membeli barang yang dikecualikan GST sahaja," katanya.

Noh turut menggesa kerajaan mempercepat pelantikan 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di seluruh negeri.

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Membahaskan isu sama, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pula berkata kerajaan perlu memperkemas sistem penguatkuasaan bagi memastikan pelaksanaan GST benar-benar memenuhi tujuannya selain mengelak kebocoran.

"Sekarang ada GST... itu okay... tetapi ramai yang mengambil kesempatan... ke mana mahu lapor. Saya lapor di sini (Dewan Rakyat) sebab semua orang boleh mendengar, rakyat boleh mendengar dan kerajaan boleh mengambil tindakan.

"Kalau tidak GST tinggal GST dan banyak orang akan mengambil peluang, yang tidak daftar (GST) pun ambil kesempatan. Rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun besar yang mengambil kesempatan," katanya.

Abdul Ghapur berkata cukai yang dilaksanakan sejak 1 April lepas itu dilihat bermasalah dan menjadi isu kerana sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan atas nama GST termasuk penyelewengan dan manipulasi harga barang.

Beliau berkata pada masa ini, rakyat terpaksa pergi ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membuat aduan, sedangkan tidak banyak cawangan jabatan itu di seluruh negara.

"Paling menyusahkan apabila rakyat terpaksa beratur panjang di Jabatan Kastam hanya kerana mahu mengadu mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan GST. Kesian orang kampung, takkan hendak biarkan mereka turun ke bandar dan habiskan seharian untuk kemukakan aduan GST," katanya.

Beliau turut mencadangkan pusat atau kaunter aduan mengenai GST diperbanyakkan dan dibuka di seluruh negara termasuk di beberapa kawasan tumpuan awam di Sabah.