Saturday, March 26, 2011

Cara Bagaimana Mengatasi Stress Melalui Fikiran


Fikiran Anda cepat menjangkit ke fikiran orang lain.
Begitu juga dengan orang lain ni. Fikiran mereka boleh menjangkiti fikiran Anda. Untuk Anda menangani stress dan menangani perasaan tertekan, cara paling senang adalah dekatkan diri dengan orang-orang berfikiran positif.
Kenapa? Fikiran positif orang yang Anda dekati tu akan menjangkiti fikiran Anda. Solusi terbaik, Anda kena ada pasangan hidup yang berfikiran positif supaya Anda jadi positif sentiasa.
Cara kedua, dekatkan diri sedekat mungkin dengan orang yang sentiasa bersyukur. Sebab, orang yang sentiasa bersyukur ni hatinya dipenuhi bunga-bunga kegembiraan.
Dia bersyukur dengan apa yang dia ada, justeru dia gembira mensyukuri semua apa yang Tuhan bagi kat dia – contohnya anggota badan, ahli keluarga, kerjaya, rumah, kereta, laptop dia, kawan dan duit yang dia walaupun jumlahnya RM10 saja.
Itulah dia dua cara cemana nak mengatasi stress melalui fikiran.
Jika Anda lawan stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Terbalikkan. Binalah kegembiraan dan binalah kepositifan supaya Anda dapat kecilkan impak stress terhadap diri Anda.
Berkaitan

Motivasi diri – ubat sikap marah


Ada lagi satu cara untuk mengurangkan sikap cepat marah.
Syarat untuk cara ni berkesan, mesti ada seseorang di sisi Anda yang memahami Anda.
Dia mungkin kawan Anda, isteri Anda, suami Anda, adik beradik Anda ataupun nenek kesayangan Anda. Siapa-siapapun boleh, janji dia kenal isi hati Anda dan boleh menyimpan rahsia dengan penuh amanah.
Minta dia tegur Anda tatkala dia melihat Anda sedang marah ataupun tertekan menangggung beban marah yang ditahan-tahan. Kita sebagai manusia beremosi tak boleh simpan marah lama-lama sebab marah yang tersimpan tu boleh berubah menjadi dendam.
Gitau dia yang Anda ada sikap cepat naik marah. Luahkan padanya yang Anda tekad mahu kikis sikap cepat marah tu.
Dendam sedikit yang disimpan lama-lama akan berubah menjadi dendam membara yang susah nak hilang sampai bila-bila. Marah yang tersimpan kena disalurkan keluar melalui kata-kata ataupun perbuatan positif.
Kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan rasa marah kita, barulah berasa lega dan rasa ‘ringan’. Tak lagi terbeban.
Suri rumah dan ibu-ibu mengandung di sarankan agar mengurangkan sikap cepat marah sebab sikap tersebut akan menjangkiti anak-anak bahkan suaminya sendiri. Kesan dari perbuatan tu, suami mungkin ‘hilang selera’ dan anak-anak pun langsung tidak menghormati ibunya di dalam rumah mahupun di luar rumah.
Asal nak dekat ngan mak, mesti kena marah. Begitulah kata-kata hati si anak.
Jika Anda seorang ibu dan bila anak Anda semacam sudah tidak hormatkan Anda bahkan suka melawan cakap Anda, mungkin silap Anda juga sebelum sebab selalu menghambur marah tak kira masa, tak kisah suasana. Inilah salah satu akibat buruk dari sikap cepat marah. Sesiapapun (hatta anak sendiri) jadi tak respek langsung ngan kita.
Bebudak sekarang makin bijak. Memarahi mereka kena dengan cara menegur, tapi biarlah dengan cara berhemah diiringi air muka yang terkawal supaya mereka faham ibu atau bapanya sedang memarahi mereka.
Untuk mengurangkan sikap cepat marah, Anda kena lebihkan pada peranan Anda di dalam keluarga, di dalam jemaah, di dalam komuniti dan di dalam organisasi tempat kerja Anda. Anda perlu tanya diri Anda apa yang boleh Anda sumbangkan untuk memudahkan hidup orang lain.

Jadilah orang yang bermanfaat sebab dari sikap suka membantu, kita akan dapat mengawal sikap cepat marah sedikit demi sedikit
. Makin banyak kita memberi, makin banyak kita ubah sikap kita jadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Friday, March 25, 2011

Niat Terbaik Dalam Mengejar Kejayaan


Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.
Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentukkejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

Sebuah Keluhan Menarik Ribuan Kenegatifan


Apa jua situasi yang tidak menyenangkan Anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati Anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, Anda susah untuk jadi bermotivasi.
Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan Anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.
Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang Anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi.
Sebagai contoh, jika Anda sedang di landa masalah kewangan, jangan mengeluh kerana Anda di landa masalah kewangan. Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah.
Fikirkan apa yang Anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan Anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan Anda.
Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..
Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk Anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana.

Tip Motivasi – Bagaimana Membina Keluhan Positif

Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.
Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.
Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.
Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?
Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.
Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.
Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.
Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.
Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.
Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.
Aset utama juara adalah pengetahuannya.
Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.
Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.

Thursday, March 17, 2011

Tips Motivasi – 6 Langkah Asas Bagaimana Menangani Masalah

Apa dia masalah? Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah! Berikut adalah 5 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.
1. Fahami sebabnya
Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.
2. Gali kepositifan disebalik masalah.
Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.
3. Optimis masalah tu boleh selesai.
Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.
4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.
Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana nyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah.
5. Tulis, buat, lihat prestasi.
Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?
6. Bertindak, bertindak, bertindak.
Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.

Fikiran Negatif Ada Power Tersendiri Sehebat Gelombang Tsunami

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan – kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset.
Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.
Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja.
Lihat bencana Tsunami. Datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali.
Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.
Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusukhatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza.
Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?
Andalah penentu hidup Anda.
Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.

Tip kejayaan – faktor kejayaan adalah dengan memfokus pada proses, bukan pada hasil

Kebanyakan daripada kita yang mau berjaya banyak menumpu pada hasil, bukan proses. Sebenarnya, proseslah yang akan membawa kita kepada hasil. Orang putih kata ‘result’.
Misalnya, mindset kejayaan ramai orang dewasa adalah nak jadi jutawan. Ramai orang nak jadi jutawan berjaya.
Ramai jugak yang kecundang sebab mereka lebih banyak menumpu kepada hasil sahaja (mau mencapai tahap jutawan) tapi tidak menumpu pada proses menuju tahap jutawan. Bila hasil yang menjadi tak seperti yang diinginkan, mulalah jadi tak bersemangat. Masalah dalam proses ni pulak, orang kita kurang ada fokus.
Kajian saikologi mengatakan bahawa orang yang ada fokus kemudian dia memfokus pada proses, pada usaha, pada langkah-langkah tindakan menuju kepada satu matlamat, akhirnya dia akan dapat juga apa yang dia mahu (hasil).
Syaratnya, dia tidak boleh berganjak dari matlamat asal, dia tidak boleh menjadi orang yang merubah-ubah matlamat.
Jadi gitulah. Kita kena kaji balik diri kita ni cemana.
Adakah kita ni orang yang asyik mengubah-ubah matlamat simply sebab matlamat dulu tak tercapai?
Dalam perjalanan kita menuju kejayaan hidup – mana satu yangkita banyak tumpukan, pada proses (berusaha menuju kejayaan mencapai matlamat) atau hanya pada hasil (kejayaan sahaja, usahanya entah cemana).
Kaji fokus kita selama ni kat mana – pada hasil atau pada proses?

7 Tips Bagaimana Mengelak Dari Dikuasai Fikiran Negatif

p.s.: Anda boleh copy dan kongsikan artikel ini di Facebook, blog atau laman web Anda. Syaratnya, bagitau sumber asal artikel ni adalah dari iMotivasi.
7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif adalah:
1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.
3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.
4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.
6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.
7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.
Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Tips Motivasi – 3 Perkara Perlu Digabung Jika Mahu Komited Ke Arah Kejayaan


Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.
Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!
Berkaitan:

Pokok punya motivasi

Tahukah Anda bila kita selalu dekat dengan pokok, kita akan rasa tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi? Mungkin Anda kurang menyedari hal ini.
Kita jadi bersemangat apabila kita selalu hampir pada alam terutama hampir dengan pokok dan rumput-rumput hijau. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Dekat pada pokok-pokok dan alam semulajadi menjadi kebiasaan buat mereka.
Oleh kerana mereka dekat dengan alam, fikiran mereka jadi lebih positif sebab mereka merasa tenang sentiasa sedangkan ramai daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari fikiran positif, tindakan mereka lebih banyak mengarah kepada tindakan positif lantas membuat mereka banyak mencapai pencapaian-pencapaian positif.
Pokok mempunyai tenaga positifnya tersendiri. Tenaga positif ini dipanggil ‘prana’.
Tiap kali kita duduk berhampiran pokok atau kita duduk 30-60 minit di bawah pokok yang besar, sedar tak sedar tubuh kita menyerap pancaran tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit tubuh kita. Kesannya, fikiran kita berubah jadi tenang dan kita berada dalam emos santai.
Bila kita sudah tenang dan santai, kita jadi bersemangat. Bila sudah bersemangat, rasa gusar, risau dan tertekan hilang tiba-tiba.
Masalah yang kita fikirkan nampak penyelesaiannya. Fikiran yang  berserabut seolah-olah jadi ‘ringan’ tak semena-mena.
Tiap kali Anda berasa resah, gelisah, hati terluka, bawa diri Anda duduk bersendirian di bawah pokok. Tak jumpa pokok yang besar, cari pokok yang rimbun dan dekatkan diri Anda pada pokok tu terutama di taman-taman yang suasananya tenang.
Lebih kerap Anda berada hampir dengan pokok, lebih bermotivasilah Anda. Ni satu terapi diri yang baik, mudah dan murah.

Sikap negatif – mengubah sikap negatif kepada sikap positif

Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikap positif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.
Sika kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.
Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.
Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.

Sikap negatif – 11 petanda dominan!

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…
  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan
Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif

Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tak Puas Hati, Orang Yang Anda Kurang Senang, Orang Yang Anda Benci!


Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.
Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.
Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.
Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.
Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.
Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.
Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .
Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.
Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.
Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.
Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.
Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.
Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.
Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.
Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.
Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.
Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.

Berapa Nilai Kerja Yang Anda Lakukan Hari Ini?

Berapa Nilai Kerja Yang Anda Lakukan Hari Ini?

Sunday, January 9, 2011

peluangbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Untuk maklumat lanjut;
http://www.RezekiBaru.com/lailee
http://www.RezekiBaru.com/lailee
http://www.RezekiBaru.com/lailee
Perniagaan hebat juga disediakan bagi memenuhi kehendak mereka yang ingin menambah pendapatan. Perniagaan yang sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.
Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk PAKEJ LAMAN WEB ini sebagai alternatif kepada  menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Terima kasih
---
LAILEE B SHAFERI
Layari http://www.RezekiBaru.com/lailee